Sunday, May 25, 2008
Akuanku
yang bahasa omputih ni apa aku tulis akhir tahun lepas,baru aku jumpa balik lepas bapak lamanye tak bukak pc aku yang rosak ni,tak sangka jumpa,tak ingat tarikh dan harinya,,english trabur, grammar hancur.tapi tu bukan apa aku nak sampaikan.
Finally, Mr.Karma spotted me, im ready to face it, cuz im willing at stake to know what lies beneath my heart.
Right, i happen dishonest, but its all happen after I become truth to myself and being honest to everyone,nobody understand. Sometimes,there are matter that cant be expressed by words.
Words are only words.
Hope to be like the sun, watching with silence while the rainbow smile to the people who look at her.
And after the rainbow gone with the twilight ill be missing all the rainbow's beautiful colours.
be well rainbow.
Niat, mudah disalah erti
Rasa, mudah buat binasa
Nafsu, tak terkawal, bagai teguk air laut, dahaga yang tak akan hilang.
'bukankah manusia bodoh itu adalah manusia yang masukkan tangan dalam lubang hitam itu,sedang dia tahu ada ular berbisa sedang menanti mangsanya,walau pernah dipatuk dia masih julurkan tangan nya,nak rasa pedihnya'.
Wednesday, May 7, 2008
Semua Tak Same
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, aku sedar, bila dah dapat gading bertuah esok lusa dah tiada guna lagi,manusia tak pernah puas. Senyumlah dengan apa dalam tangan mungkin esok tiada dalam genggaman. Walau kadangkala tanah itu berbukit,berbatu tajam,berumput hijau dan berlumpur likat teruskanlah, cekalkan kaki berpijak pada bumi yang nyata.
Sunday, May 4, 2008
Hati hATI JiWA jiWA tABaH
Jejak sahaja kaki di RALK,anak-anak kecil menyambut dengan mesra, Bersalam dengan penuh hormat. Setiap tangan kecil yang kujabat aku genggam erat, tanda aku juga gembira bertemu mereka.Bukan aku seorang,aku bersama dengan yang lain,bersama mencurah kasih pada yang perlu, walau sekejap.
Rumah Amal Limpahan Kasih,Sri Aman,Puchong,tempat mereka dibawah lindunganNya menumpang berteduh. Yang bertuah pergi berziarah.
Riang gembira,bersepak terajang bersama senasib
Setiap jiwa ada cerita naya,setiap tubuh ada deritanya
Pikuk saja ku dengar,mereka girang
Siti si petah berkata,
Rejal nakal tampaknya, lidah alir bila mengaji
Amirul,bijak laksana,ayah telah pergi menghadapNya
kisahnya,aku terasa aku amat bertuah rupanya selama ni.
derita itu satu rahmat.
Terima kasih Muha.Mereka semua tabah, aku sendiri lemah tak seperti mereka.
”Mirul abang tak boleh tolong buat kerja skolah mirul,nanti cikgu tahu,marah”
”takpe bang,Allah dah tahu, Allah nampak abang buatkan, Allah tahu semua,
Sungguh, suci jiwa mereka.
Wednesday, April 30, 2008
Atuk Harun
Tuesday, April 29, 2008
Coretan MSAM
Tapi seronok sepanjang kat sini, layan kerenah kanak-kanak
Yang semua masih hingusan,
Yang belum terusik dek dunia sana
Tubuh kecil sentiasa mengiya kata orang tua,
Semua datang gembira dengan ibu ayah
Walau ada yang menangis tika hilang ibu di mata
Tapi masih riang mahu masuk pertandingan mewarna
Setiap mereka terkinja mahu tunjuk bakat yang ada
Hadiah sudah pasti bukan ukuran yang penting mereka mahu ceria
Mudah jadi kanak-kanak
Tiada runsing diminda Tiada Gelisah sentiasa
Semua mendengar kata, masih suci jiwa mereka
Keletah mereka buat yang dewasa turut serta merasa indahnya dulu kala
Bas 9.30 Malam. Ke Puduraya. Lagi sejam setengah,lama pulak rasanya
Memang tak masuk pun baca,setiap kelibat yang lalu menggangu fokus aku.
Selang beberapa muka aku belek,tubuh kecil molek mendekati aku.
Soalnya ''Abang nak beli buku-buku zikir?”
Dari Merlimau asalnya
Adik Nadirah, 11 tahun umurnya
Bertudung litup biru hitam manis kulitnya
Bertubuh kecil berlesung pipit pipinya
Bila ditanya dengan siapa datangnya ’’Ustaz’’ jawabnya.
Ibu dan Ayah telah pergi menghadap ilahi
Yatim sejak 6 tahun umurnya.
Maaf dik abang tak sengaja.
Banyak jugak yang aku lihat di sana, ragam manusia macam kita.
Bas dah sampai.
Saturday, April 5, 2008
Give up the Ghost
Forgive me and Forget me. :)
Rasa
Ada yang gelarnya perasaan
Sedih Rindu Suka Tenang
Antara rasa yang sering berbaur di benak kini
Pernah juga aku ungkapkan bait-bait lagu
Untuk didengkan pada rasa
Tajuknya “Pergilah Rasa’’
Tanpa sedar ramai kita yang berharap agar sesuatu perasaan tu hilang bagai dicita
Kita nak petik jari sahaja “nah hilanglah kau rasa” “berambuslah kau rasa”
Antara monolog jiwa yang mahu buang segala yang pedih sedih jerih
Ada apa dengan rasa
Rasa Cinta
Jika bertahun dia ada tiada gunanya
Sekelip mata boleh hilang
Manusia ramai begitu Mudah hilang pertimbangan dalam menilai
Tak fikir jiwa yang merana
Pentingkan diri sendiri Lupa pada janji dulu menggunung tinggi
Konon nyawa sanggup dipertaruh
Hidup mati bersama jadi janji
Bila Sang Gelap datang bermesra
Bila Si Hitam datang bermanja
Semua kitab janji hangus dibakar
Rasa yang bertahun disemai dalam jiwa umpama tiada harga
Jangan disalahkan Jauh, Jauh tak salah. Yang salah Nafsu.
Jika rasa itu suci Jauh bukan penghalang
Jauh membuahkan rindu
Sudahlah
kini tiada guna semuanya
Rasa memang begitu kadang-kadang suka menipu manusia
Tapi rasa juga yang menyatukan kita semua
Rasa sayang yang buat kita semua berpijak di bumi
Tak apalah Rasa, aku hanya meluah apa yang tidak terungkap di bibir
Aku sedikit tidak berdendam pada Rasa mahupun sesiapa
Kerna Rasa itu juga anugerah Tuhan bukan?
Aku hargai setiap rasa yang aku ada sekarang
Nyaman Tenang Bahagia Sayang
Kenyang Malu Rindu Comel Seronok
Semua itu rasa yang menambat jiwa bukan
Kenapa perlu difikirkan Rasa negatif lain
Nyanyikanlah lagu Rasa Sayang hei
Dendangkan lirik bahagia
Moga semuanya tenang.


