Wednesday, July 29, 2009

TOK NEK

''Cik Lah atuk macam mana?''

''Atuk macam tu la, baring je.''

''Atuk nak akim balik tak?''

''Kau cakap dengan atuk sendiri,jap.''

Aku sempat dengar dia cakap hello saja, Cik Lah kembali menyahut.

''Atuk tak nak cakap akim... dia nangis tu.''

''Erm akim balik la petang ni, jangan beritahu Atuk, nanti risau pulak dia.''

Perbualan aku di telefon petang tadi.

Aku segera minta Mak aku hantarkan aku pergi perhentian bas. Tak tahan juga aku.

Sesampainya aku di rumah atuk,nenek dah tunggu dekat tangga depan, ke dapur terus aku meluru. Dia masih terkujur di katil seperti 2 minggu lepas aku lihat. Tangan aku digenggamnya erat,walau raut wajahnya bersahaja.

Tadi lepas maghrib,dia panggil aku. Minta diurut.

''Jangan kuat-kuat'',katanya.

''Baik tok''

''Akim, akim tengok atuk sekarang macam mana?'' soalnya dalam loghat Kelantan.

''Atuk sekarang tak macam dulu dah tok, lain sangat tok.''

Dua-dua diam.

Cik Lah pula di sebelah sedang urut nenek aku. Sesi mengurut orang-orang tua.
..................................................................................................................

Dulu kau gagah menjulang aku
Kini bangkit dari baring kau tak mampu

Bermain badminton dengan aku ligat kau dulu
Menghayun tangan angkat sudu kini kau dah tak mampu

Berjenaka sinis sambil mimik muka lucu kau selalu buat dulu
Kini wajah gering itu satu kau mampu

Nyamuk datang dulu kau tepis untuk aku
Kini nak mengiring pun satu ujian buatmu

Masa kecil kau tukar lampin aku
Kini lampin pakai buang jadi teman malam mu

Ini realiti kehidupan, kita tak tahu bila tua nanti macam mana kita. Orang kata, buat apa duk difikir semua itu, ''muda lagi, tua tu tua la,sekarang nikmati muda ni''.

Kalau kau sempat merasa tua.

Kanser atuk aku semakin melarat, sekarang dia susah nak bangun dan berjalan. Kaki dah mula membengkak,bila petang dia akan mula demam. Makin uzur dia.

Risau, sayu.

Baru-baru ini beberapa khabar kematian aku dengar, dari yang terkenal hingga teman-teman sebaya. Dengan cara tak disangka. Manusia meninggal kan dunia dan diambil nyawa ada berbagai cara, kalau tak sebab penyakit sebab terbunuh dalam pelbagai keadaan.

Terfikir tak giliran kau bagaimana? Oh yea, lupa aku, ajal maut semua ditangan tuhan jangan fikir sangat kan? Kan muda lagi, yang perempuan teruskan bersama teman lelaki mu, yang lelaki penuhi kehendak nafsu nafsi mu,tak begitu?
............................................................................................................................
Aku jadi seorang yang berbeza bilamana aku disisi orang tua aku,atuk nenek aku. Tak sampai hati buat mereka terluka.

Malam ni di sebelah kiri aku nenek aku, sedang nyenyak tidur setelah seharian menjalankan tanggungjawab seorang isteri, 48 tahun setia pada si suami yang sedang kegeringan tidur disebelah kanan aku. Suaminya yang dulu dekat separuh abad memenuhi tanggungjawab seorang pemimpin keluarga.

Aku berbaring ditengah, sementara masih ada masa untuk bermanja. Sebelum terputus hubungan cinta di dunia. Sementara nafas mereka masih ku dengar.

Tidurlah tok, tidurlah nek. Salam.
Entri ke-100


Monday, July 20, 2009

Jelik Jelita

Saat ada dugaan datang begitu mudah kita dengar orang-orang berkata “sabarla, semua ni ada hikmah” termasuk juga aku. Cakap memang senang tetapi untuk benar-benar menerima dan sabar menanti hikmah tak semua ada.

Harini aku belajar sesuatu berharga, ujian datang membawa bersama sesuatu yang baru dan untuk memahami erti hikmah itu kita sebenarnya bersedia melepaskan sesuatu, bukan hanya mengharapkan sesuatu. Ini meliputi dari segenap perkara kerana ujian datang dalam pelbagai bentuk tak diduga.

Aku menonton Oprah beberapa minggu lepas, dan wanita yang tergolong dalam manusia berpengaruh didunia ini berbincang bagaimana mencari ketenangan kerohanian dalam diri manusia. Aku tidak mahu begitu taksub,risau juga terikut-ikut dengan Scientology yang mula menyelusup diseluruh dunia.

Namun aku begitu kagum dengan beberapa individu yang ditonjolkan dalam rancangan ini yang mampu menguasai pemikiran mereka dalam menghadapi dugaan yang getir. Walaupun mereka bukan saudara seagama namun kualiti yang ada pada diri mereka wajar diambil.

Jacqueline Saburido menguasai dirinya melangkaui dugaan diterima, dan aura pada dirinya begitu dikagumi.

Kecantikan luaran bukan janji isi dalamnya pun sama.

Wanita-wanita cantik diluar sana, apakah yang tinggal jika kecantikan anda ditarik semula? Adakah anda sehebat Jacqueline ?

Jacqueline Saburido

Wednesday, July 1, 2009

Stars of July

I will be wishing upon a star
In to the little spacey ways
Someone to long for in the very afar
With the colors of every place

Listen to the moods of a cloudy sky
With every feeling that is inside
Something is coming or going by
When you listen for a moment and abide

Both ways it cut too deep
But one side is healing fast
Each night stars I count to sleep
Hope the feeling gone at long last

July comes struck the bell.
Longing for you I won't tell.

3.30 am- Its raining heavily outside. Hujan. Welcome July.

Friday, June 26, 2009

Alah nantila!

Dia mampu buat anda tenang sebentar, dia suka memberitahu begini di telinga " ah! semuanya akan baik-baik sahaja,semua boleh tunggu kau", dia juga menjadi teman yang cukup akrab sentiasa. Dia amat hebat mengatur bisikan bijaksana yang pasti kadangkalau buat temannya terpesona. Setiap hari dia akan datang seawal pagi, menjinjing khabar yang semuanya masih sediakala, tiada apa berubah"jangan khuatir" katanya.

Dia jarang tersenyum,tapi masih memilihnya berbanding segalanya,kerna dia telah menguasai segenap jiwa. Hati acapkali yakin untuk bangkit dan menidakkan dia namun dia hebat memujuk rayu. Oh dia, memang celaka.


Mari aku perkenalkan dia, amat peramah. Namun disebalik bicara tulus mulusnya dia membawa penyesalan bersamanya, digendong bersama bebanan yang amat berat untuk dipikul. Kemudian bertimpa-timpa perasaan gusar dan khuatir datang menimpa. Kemudian dia akan pergi seolah sebelum ini dia bukan sesiapa.

Dialah En. Procrastinate.

ps: jaga-jaga dia ada dimana-mana.

Wednesday, June 24, 2009

Ayuh kita lari

Hari berganti hari
Kisah bermula sejak azali

Hari berganti hari
Jika tak kini bila lagi

Hari berganti hari
Musim datang silih berganti

Hari berganti hari
Atur langkah cepat kau lari

Hari berganti hari
Yang sudah usah ditangisi

Hari berganti hari
Kata orang usah di peduli

Hari berganti hari
Usap air matamu pujuk sendiri

Hari berganti hari
kuatkan tekad sepenuh hati

Hari berganti hari
Persiapkan diri tak menyesal nanti

Hari berganti hari
Cantik luar isi tak pasti

Hari berganti hari
Cinta sejati suatu janji

Hari berganti hari
Hari ini kau baca blog ini esok tidak lagi

Hari berganti hari
kawan musuh datang dan pergi

Hari berganti hari
Dugaan tak kira kanan kiri

Hari berganti hari
Bila melangkah hati-hati

Hari berganti hari
Silap langkah resam duniawi

Hari berganti hari
Biar buta mata jangan hati

Hari berganti hari
Hati ibu jangan disakiti

Hari berganti
Pesan atuk dibawa mati

Hari berganti hari
Jika tak kini bila lagi

Hari berganti hari
Pegang tanganku ayuh kita lari

Hari berganti hari
Dengan izin bertemu ilahi.

Monday, June 22, 2009

Govt Servant

9.30 Pagi-Hadapan pintu masuk Kementerian Sumber Manusia.

Jalan dah mula mendongak, raut wajah sedikit bongkak, jalan segerombolan sambil bergelak-gelak menuju ke kantin. Ini mereka-mereka baru lalu dihadapan aku yang tak pakai se-korporat mereka. Walhal baru hadir untuk temuduga. Aku tak samakan mereka dengan yang lain sebab ibuku juga berkhidmat dengan kerajaan, cuma mereka-mereka ini yang bakal menjadi duri dalam daging agensi kerajaan.

Sementara menanti kakak dan rakan aku yang menghadiri sesi bertemudan menduga , mata 'seronok' melihat gelagat bakal-bakal penjawat awam.

Sunday, June 21, 2009

Pomot 7# Selamat Pagi Cikgu

SK Pandan

SK Indera Shah Bandar

SK Seri Biram

SK St Thomas

SK Cenderawasih

SK Sungai Karang

SK Tok Sera

SK Sultan Abdullah

SK Wira

SK Bukit Sekilau

Finally we've finish the Life-Buoy School Programmed at all the 10 school around Kuantan and Pekan,thousand of pupils I met and a great time we had, tremendous support we received and priceless experience I gain. But there was ups and downs,and a touching moment when seeing those kids who lives far from the community struggling to go to school. Their smiles really made my day. Those little eyes who gave so much attention,I miss them. Kids never lie and yes,,sometimes eyes can speak louder than mouth. May God Bless them.

Monday, June 15, 2009

Ribut-ribut

Aku gentar guruh dilangit
Berdentum bagai nak runtuh
Berdentam umpama nak luruh
Bumbung pula ampuh tak ampuh

Ribut datang sukar dibendung
Menghambat Sang Pengecut Bacul
Rela lari sampai ke tanjung
Setelah kata nista terpacul

Ada Bacul berbahasa di balik jendela
Guna kata berbolak bahasa
Guna lutut lebih dari minda
Resam orang-orang tak guna

Dalam diam aku lihat sumbang
Dalam diam aku mengatur serang
Tiada guna bergolok berparang
Menang kau abu kalah kau arang

Dalam diam melawan amarah
Pada Satu aku berserah.


Hujan ribut diluar ,lama tak hujan lebat musim-musim hot ni.
Terfikir aku,kadang-kadang kita menang dalam diam.