Berbicara tentang kehidupan mengundang banyak persoalan pada diri aku, hidup memang unik,dan kehidupan itu pelik tetapi masih menarik untuk diungkai. Ketika aku masih agak mentah amat mudah bagi aku rasa merendah diri dengan apa yang aku ada dan apa yang aku tiada. Kadang kala rasa beruntung menjadi orang lain,mampu memiliki harta duniawi yang diimpi
. Semakin masa beredar dan melalui pelbagai rintangan, harapan dan cabaran ia sedikit sebanyak mengajar erti menghargai apa yang telah aku miliki dan jugak mengerti apa yang ditakdirkan ilahi.
Aku bukan seeloknya nyawa yang selayaknya berbicara tentang kehidupan,namun seperti aku ingatkan diatas tadi,kehidupan ini unik,setiap kita unik,tiada seorang pun ditanah yang kita pijak ini serupa sama dengan kita. Denai kehidupan kita semua berbeza,tiada kesudahan cabang- cabangnya,tapi tujuannya Satu.Aku,kita dan semua mempunyai pelbagai harapan setiap hari,kita merancang dan kita mengimpikan setiapnya berjaya,walhal kita lupa ada separuh lagi ruang untuk kita kecundang.
Bukan aku mengingatkan untuk berfikir negatif tetapi harapan kadangkala memusnahkan kita,harapan kadangkala membuatkan kita leka dengan apa yang ada didepan kita hari ini.
Kita lupa apa yang terhampar luas dihadapan kaki kita hari ini, kita gagal menilai pemberian kita terima hari ini kerana terlalu memberi harapan pada kemudian hari yang entah muncul tidak.
Acu aku, baru sahaja disatukan dengan kekasihnya.
Aku tahu kisah cintanya. Menempuh berbagai halangan rintangan.
Dia pernah ada Harapan, untuk bahagia. Setelah berduka. Kini ditemuinya,bahagia.
Si kecil dalam gambar ini adalah sepupu baru aku,
diangkat dari sebuah keluarga yang tidak mampu menyaranya.
Kini penyeri rumahtangga Pak cik aku.
Amira namanya.
Harapan untuknya,berjaya.
Nenek aku,sejak akhir ini sakit-sakit selalu.
Harapan,,Cinta aku padanya tak pudar hingga hujung nyawa.
Adam,juga ahli baru dalam keluarga nenek saudara aku,
Ditinggalkan oleh ibunya,kemudian diambil sebagai anak angkat oleh makcik saudara aku.
Sewaktu lahirnya doktor mengesahkan dia tidak mungkin mampu berdiri,bercakap, dan hidup sempurna seperti kanak-kanak lain,kepalanya membesar semasa kecil. Jika disentuh di ubun-ubunnya,lembut,tengkorak kepalanya hanya di dahi jadi kepalanya tidak mampu menerima sedikit hentakan.
Tetapi kini umurnya 5 tahun, dia mampu berdiri,bahkan berlari.
Petah berkata-kata, dan apa yang menakjubkan aku dia mampu menghafal beberapa surah al-Quran yang orang sebaya aku tidak tahu. Unik bukan kehidupan. Harapan,dia bahagia.
Aku suka menimbang tara sesuatu dengan perkara sebaliknya, agar aku tidak terlepas pandang sesuatu perkara,kerana itu aku juga berpendapat bahawa
Harapan juga adalah sesuatu yang indah kita miliki. Harapan boleh mematikan jiwa yang belum tercabut daripada jasadnya tetapi harapan juga membawa kehidupan.
Itu tentang harapan.