Ramadhan bakal meninggalkan kita semua. SEdih,pilu dan gembira itu semua bercampur dalam hati ni, di permulaan Ramadhan banyak yang aku berjanji pada diri ni, nak jadi macam ni la itu la,tapi entahla aku tak rasa banyak perubahan dalam ramadhan kali ini.
Tapi dalam perasaan yang bercampur ni masih aku terasa ada hikmah dengan apa yang terjadi pada aku dalam Ramadhan kali ni.
Betul,setiap kebaikan tu pasti ada keburukan jika kita terlalu terlebih melakukanya tanpa memikirkan had untuk berlaku baik. Begitulah jua setiap kuburukan tu pasti ada hikmah yang tuhan nak tunjuk kan pada makhluknya yang lemah.
Tapi Ramadhan kali antara yang paling sukar nak dilupakan, aku berbuka dengan teman rumah yang baru,Aben,Big bro,Ayie,Ana, jUon, Man,,heh x dapat lupa saat makan budu sama2,mulanya mereka nie konon tak makan budu la,lama2 ramai pulak yang suka sangat,tapi sedih sebab budu aku bawak dari kampung suma hilang entah kem
Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari penuh gemilang setelah sebulan mengharungi pelbagai dugaan sepanjang Ramadhan. 1 Syawal bakal mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat, mengeratkan yang terpisah,menceriakan yang sedih dan mungkin memisahkan yang terpaut.Maaf kamu.
Moga aku sempat bertemu Ramadhan akan datang dengan lebih bersedia.
Salam HARI RAYA AIDILFITRI:)
No comments:
Post a Comment