Friday, June 27, 2008

Sakit juga Anugerah

Puncak genting memang jelas kelihatan dari birai tingkap Wad 9A. Kadang-kadang berkabus.Sambil hirup teh 3in1 dari paket, setiap pagi dan malam itu pemandangan aku.

Yang tercinta masih terlantar dibelakangku bersama beg urin tergantung tepi katil. Seminggu di hospital menjaga yang tercinta,selamat juga dia jalani pembedahan kecil.Sepanjang di rumah-sakit katil hadapan bersilih pengganti, hanya dia dan pakcik bergelar Dato' penghuni setia wad itu.Dapat juga atuk sahabat baru. Terima kasih para misi-misi yang banyak membantu meringan beban. Ini hari mereka,giliran kita ada juga.

Setiap malam atuk dan Dato' akan berbual,tiap malam berbagai cerita didengar dari sudut pandangan mereka yang mengjangkau umur lebih separuh abad, berbagai cerita serta pengalaman dikongsi,cerita zaman muda-mudi dari sebelum merdeka hinggalah ke anak cucu-cucu cicit.Aku orang tengah, si berjiwa muda jadi pengantara setiap malam,kadang-kadang Uncle berketurunan cina di katil sebelah mencelah dengan bahasa melayu yang cukup fasih dan baku. Kemudian selang seli dengan ketawa orang-orang tua.Sempat juga atuk belajar bahasa cina,dengan gigi yang sudah tiada. Sakit dilupakan sejenak. Kematian topik perbincangan biasa, perkara yang pasti untuk kita.

Moga panjang umur dia,dapat dia capai impian timang cicit;).
Benar bukan,ada sebab setiap dijadikanNya.

Thursday, June 26, 2008

Rerambut

Mamat ni, duit dalam wallet 20 inggit.Bosan, keluar jenjalan, jalan punya jalan dengan langkah bersahaja,singgah kedai ricky, "Ricky maxis spuloh". Tinggal lagi 10 inggit.Sambung jalan,kadang-kadang betulkan spec,konon macho la,padahal poket apa tarak,dalam hati ''biar papa asal bahagia'' lalala,langkah diteruskan,selisih dengan amoi cun, mamat ni Di-usha amoi.Perasan tul. Nampak Bunga Raya,uish lama tak masuk sini,sejak bergelar remaja dah lama tak merasa air tangan india muslim kat kedai ni.Selalu tangan amoi saloon je. Mamat ni melangkah masuk.

''bos kasi sapu semua''.
"Betul ka?''.
''betul,kasi licin".
''ok,ini no 2,amacam ok?"
''u kasi no 1 punya''.

10 minit kemudian.
''brapa bos?''
''7 ringgit''

Tinggal 3 inggit,boleh beli soya+cekedis.

Ini hasilnya.Gondol.

Sunday, June 8, 2008

AHAD - One Who is Indivisible

Sejuk kaki bila terjaga
Indah Ahad sudah dijangka
Bersantai sesama yang tercinta
Masa manusia meluang masa untuk diri
Menyihat nurani yang kadang diluar norma tingkah
Si ibu melihat anak
Si bapa melihat keluarga

Hari Penentu pasti kan tiba.
Selamat Hari Ahad, Dunia.

Saturday, June 7, 2008

Sesingkat Masa

malam ni nak tengok bola dengan sape
esok par balik
esok ahad apa plan aku
takde rezki tengok prtm2
Opec patut lebih tegas
emas hitam di rebut-rebut dari arah timur barat
aku tak nak tahu apa kau buat
semua pening pasal emas hitam
harini sejuk 1 hari
nazira kungfu panda
norah jones love me tender
aku tak mandi lagi
resume tak buat lagi
result nasib okeh
redeem big mac last day

"banyak jugak apa otak aku duk fikir masa balik dari TC tadi''

happy the man and happy he alone
He who can call to-day his own
He who secure within can say
''To-morrow do thy worst for I have liv'd to-day.''
Horace,roman poet.

Friday, June 6, 2008

Roses - Di Punyai Aku

Satu aku diciptaNya satu

Ke padang hari-hariku
Ke taman hari-hariku
Ke pantai itu hari-hariku
Di keramaian hari-hariku

Merasa nikmat gesaan darah yang milik ku

Tangan kanan kiri ini milik ku
Kaki kiri kanan ini hak ku
Kudrat terkawal dikawal si pemandu
Jasad sekadar pedati ku
DitiupNya dipacu rohku

Tak aku berhutang mana-mana oleh mu

Ini semua punyai aku
Anugerah Yang Satu.


All of us tend to put off living.
We are all dreaming of some magical rose garden
over the horizon instead of enjoying the roses that
blooming outside our windows Today.
Its not that i dont want to plant pokok serai
pokok daun pandan or pokok kari
tapi kat rumah aku dah banyak doh.

Tuesday, June 3, 2008

Maknusias Stupidos

Siapa aku nak kata manusia bodoh? tak pe kat sini kan bebas, nama pun blog aku. Berbalik pada cerita bodoh tadi, memang ramai antaranya begitu,tak usah nak berdolak-dalih lagi,tiada guna kata berlapik jika akal diberi tapi dipakai di-kepala lutut.

''Baby tu cantik lagi masa jumpa kat kebun kelapa sawit, lupa mak nak ambil gambar tunjuk kat akim,putihhh" . mak aku,dia polis.

Buang bayi, seperti 1 musim baru pula sekarang.

Ariff,7, dan adiknya Amira,2,ahli keluarga kembangan baru kami dan sepupu baru aku. Sudah termaktub dari ilahi, tiada rezeki untuk Pakcik aku untuk menimang cahaya-mata, usaha sudah, temui jalan buntu,tawakal. Tapi mungkin sudah tertulis untuk dua anak kecil ini untuk menumpang kasih pada pakcik dan makcik aku. Mereka bukan anak terbuang, tapi takdir memisahkan mereka dengan ibu kandung.Kini mereka bahagia dengan Ayah dan Mak baru, dapat berjalan, melancong, makan sedap hari-hari dan dibelai penuh kasih sayang. Juga bertuah dapat sepupu macam ada sorang mamat nieh:)

There are people who trying very hard to have a child and yet more and more babies are being abandoned to thier death.They could just give the baby to the authority or someone else like what Amira's mother did.
Two weeks ago its been reported in media, a few-days born baby with the umbilical cord still intact was found floating near Tanjung Lumpur, near my place.

Isn't it sad the society has devolved to a state when moms would rather let their babies die than accept the responsibility of unsafe sex,improper birth control or unplanned birth?Abandoning babies are equivalent to homicide,killing a life that is innocent,defenceless and has posed no harm to you.These babies got punished because of the bad things they never behave.
Who are we to turn down heaven sent gifts? Even animal know how to cherish what has God grant them.
May these babies who have barely able to enjoy that little bit of sunshine on earth rest in peace.

Sunday, June 1, 2008

Hanya Aku

Di sini lebih manis damai
Bila bayu bertiup asyik ke jasad
Randik bagai ditahan jari
Tenang rima badan mengalun rentak
Darah mengalir terasa alirnya senang
Kicau si coklat berterbangan berderat-derat di kebiruan
Bebas tanpa arah tuju,hanya kekaburan buatnya berehat
Si Jiwa mencari alunan kembali
Mahu bersih seperti lahir tika azali

Hanya si dia fahami tarian sendiri
Sesalnya baru ingat pada ilahi.

P.S Wa Cinta Lu - Movie

P.S i Love You
"Sometimes there's only one thing left to say"
Buku tak abis baca. layan movie nya. Must ton-ton movie.
About a romance tested by death.