Friday, June 26, 2009

Alah nantila!

Dia mampu buat anda tenang sebentar, dia suka memberitahu begini di telinga " ah! semuanya akan baik-baik sahaja,semua boleh tunggu kau", dia juga menjadi teman yang cukup akrab sentiasa. Dia amat hebat mengatur bisikan bijaksana yang pasti kadangkalau buat temannya terpesona. Setiap hari dia akan datang seawal pagi, menjinjing khabar yang semuanya masih sediakala, tiada apa berubah"jangan khuatir" katanya.

Dia jarang tersenyum,tapi masih memilihnya berbanding segalanya,kerna dia telah menguasai segenap jiwa. Hati acapkali yakin untuk bangkit dan menidakkan dia namun dia hebat memujuk rayu. Oh dia, memang celaka.


Mari aku perkenalkan dia, amat peramah. Namun disebalik bicara tulus mulusnya dia membawa penyesalan bersamanya, digendong bersama bebanan yang amat berat untuk dipikul. Kemudian bertimpa-timpa perasaan gusar dan khuatir datang menimpa. Kemudian dia akan pergi seolah sebelum ini dia bukan sesiapa.

Dialah En. Procrastinate.

ps: jaga-jaga dia ada dimana-mana.

Wednesday, June 24, 2009

Ayuh kita lari

Hari berganti hari
Kisah bermula sejak azali

Hari berganti hari
Jika tak kini bila lagi

Hari berganti hari
Musim datang silih berganti

Hari berganti hari
Atur langkah cepat kau lari

Hari berganti hari
Yang sudah usah ditangisi

Hari berganti hari
Kata orang usah di peduli

Hari berganti hari
Usap air matamu pujuk sendiri

Hari berganti hari
kuatkan tekad sepenuh hati

Hari berganti hari
Persiapkan diri tak menyesal nanti

Hari berganti hari
Cantik luar isi tak pasti

Hari berganti hari
Cinta sejati suatu janji

Hari berganti hari
Hari ini kau baca blog ini esok tidak lagi

Hari berganti hari
kawan musuh datang dan pergi

Hari berganti hari
Dugaan tak kira kanan kiri

Hari berganti hari
Bila melangkah hati-hati

Hari berganti hari
Silap langkah resam duniawi

Hari berganti hari
Biar buta mata jangan hati

Hari berganti hari
Hati ibu jangan disakiti

Hari berganti
Pesan atuk dibawa mati

Hari berganti hari
Jika tak kini bila lagi

Hari berganti hari
Pegang tanganku ayuh kita lari

Hari berganti hari
Dengan izin bertemu ilahi.

Monday, June 22, 2009

Govt Servant

9.30 Pagi-Hadapan pintu masuk Kementerian Sumber Manusia.

Jalan dah mula mendongak, raut wajah sedikit bongkak, jalan segerombolan sambil bergelak-gelak menuju ke kantin. Ini mereka-mereka baru lalu dihadapan aku yang tak pakai se-korporat mereka. Walhal baru hadir untuk temuduga. Aku tak samakan mereka dengan yang lain sebab ibuku juga berkhidmat dengan kerajaan, cuma mereka-mereka ini yang bakal menjadi duri dalam daging agensi kerajaan.

Sementara menanti kakak dan rakan aku yang menghadiri sesi bertemudan menduga , mata 'seronok' melihat gelagat bakal-bakal penjawat awam.

Sunday, June 21, 2009

Pomot 7# Selamat Pagi Cikgu

SK Pandan

SK Indera Shah Bandar

SK Seri Biram

SK St Thomas

SK Cenderawasih

SK Sungai Karang

SK Tok Sera

SK Sultan Abdullah

SK Wira

SK Bukit Sekilau

Finally we've finish the Life-Buoy School Programmed at all the 10 school around Kuantan and Pekan,thousand of pupils I met and a great time we had, tremendous support we received and priceless experience I gain. But there was ups and downs,and a touching moment when seeing those kids who lives far from the community struggling to go to school. Their smiles really made my day. Those little eyes who gave so much attention,I miss them. Kids never lie and yes,,sometimes eyes can speak louder than mouth. May God Bless them.

Monday, June 15, 2009

Ribut-ribut

Aku gentar guruh dilangit
Berdentum bagai nak runtuh
Berdentam umpama nak luruh
Bumbung pula ampuh tak ampuh

Ribut datang sukar dibendung
Menghambat Sang Pengecut Bacul
Rela lari sampai ke tanjung
Setelah kata nista terpacul

Ada Bacul berbahasa di balik jendela
Guna kata berbolak bahasa
Guna lutut lebih dari minda
Resam orang-orang tak guna

Dalam diam aku lihat sumbang
Dalam diam aku mengatur serang
Tiada guna bergolok berparang
Menang kau abu kalah kau arang

Dalam diam melawan amarah
Pada Satu aku berserah.


Hujan ribut diluar ,lama tak hujan lebat musim-musim hot ni.
Terfikir aku,kadang-kadang kita menang dalam diam.


Saturday, June 13, 2009

Nomad

Putrajaya-Kuantan-Mentakab-Besut-Kuantan-Putrajaya-Shah Alam-Mentakab-Kuantan.

Dari 5 Jun hingga 13 Jun.

9 Hari tanpa tidur di Satu tempat lebih dari satu malam.

Penat?

Monday, June 8, 2009

From Besut without Love


I cant write the way I talk

I cant talk the way I write

Its way out of my side

Thinking how to act right


People come and go

like life is going mono

like seasons hard to let go

When the wind start to blow

The thought came when I woke up for breakfast a few days ago. We woke up everyday with different thought,consideration and deliberation,sometimes it was the reflection of what happen the day before.

................................................................................................................................................

3 nite different places.

Adam's elder sister engagement

Am dah bernikah. So ini malam malam pertama. heh

Wednesday, June 3, 2009

I see them smile

Any obstacle I’ll be ready. A happy man I’ll be.

A happy feeling I linger, a happy day I discover.

A happy life I lead. A glee mix with laughter I taste.

A happy friend I have, a happy man I am.

Yes.. i see them smile today. A lot. Smile brothers and sisters, u made my day.

Although i made some bloody hell jokes,but deep inside.. i meant it. takdelah.

Pomot 6# The Cook

Aku: Anneh ini paper ada orang beli ka ini hari?
Anneh kedai runcit: Ada-ada, dalam saploh keping ada jual.
Aku: Mesti perempuan kan
Anneh kedai runcit: tara, lelaki la beli.

Bagusla,syukur, hari ini The Cook mula diedarkan di sekitar Lembah Klang, setelah beberapa hari di promosi di majlis graduasi Uitm ke-70 akhirnya ia secara rasmi menemui pembaca. Sempat aku beli 1 untuk simpanan peribadi,beli dekat kedai runcit tadi. Kotor sikit bawah tu kena kuah asam pedas

Akhbar masakan bersaiz tabloid ini akan dikeluarkan 2 kali sebulan. Akhbar masakan berbahasa melayu pertama seumpamanya di Malaysia. Edaran akan di buat secara berperingkat ke setiap kawasan dan negeri. Jika anda tidak berminat tentang masakan,makanan dan resepi tak mengapa, beli juga untuk mak,kakak,atau nenek. Ini paksaan.

Monday, June 1, 2009

Graduasi

Back to 4 years ago.Yes young and stupid I was. A human who believes the good faith only granted for those who never make a wrongdoings. But as time moves by, i learned there are peace in forgiveness, forgive yourself.Being gentle means forgiving yourself when you mess up. We should learn from our mistakes, but we shouldn't beat the tar out of ourselves over them. The past is just that.., past. Learn what went wrong and why. Make amends if you need to. Then drop it and move on. Move on,,hmm its hard, but life demand us to, hijrah. Writing on this sheet is easy for me,, yes i do realize how mistakes is something we all humans cant hide from,but after all it takes chances to make changes.


Convocation, in a few hours. Mixture of feelings.