Saturday, September 26, 2009

Mimpi


Punya mimpi setinggi jati
Impian berbagai sekali
Melakar cerita bukan membangga diri
Dan cuba terus mencuba pertahan maruah sejati

Bermimpi kadang sebesar alam
Mahu gapai bintang dihujung semesta
Agungkan bulan umpama jelitawan
Tak sedar ianya jelik tiada rupawan

Kadang ada juga agungkan dunia
Selalu rasanya
Buat-buat lupa asal luhurnya
Mimpi semua datang bergolek
Tiada usaha..

Mahu ditunjukkan bintang paling bercahaya
Agar dapat diberi pada Ibunya
Biar dia simpan tatapan hingga akhirnya
Ohh tinggi sungguh impian dan mimpinya

Hari-hari risau akan tugas
Namun tiada berkeras mahu dikerjakan
Tak habis bertangguh malas
Harap orang suap makanan

Bergelak tawa sehari-hari
Kadang keliru kanan ke kiri
Bersama muda mudi
Penuhi gembira hati

Lihat itu dia mendongak ke langit
Lupa sejenak perkara lepas dan mendatang yang perit
Terus bermimpi dan bermimpi
Harap terus berpijak kenyataan hakiki

Selamat malam..Malam.



3 comments:

aben. said...

well said.
well said.
Kim.
dun stop writing.

Hakim Nasir said...

ikut mood je bennn:)

Ruqaiyah Othman said...

nice