Saturday, September 26, 2009

Mimpi


Punya mimpi setinggi jati
Impian berbagai sekali
Melakar cerita bukan membangga diri
Dan cuba terus mencuba pertahan maruah sejati

Bermimpi kadang sebesar alam
Mahu gapai bintang dihujung semesta
Agungkan bulan umpama jelitawan
Tak sedar ianya jelik tiada rupawan

Kadang ada juga agungkan dunia
Selalu rasanya
Buat-buat lupa asal luhurnya
Mimpi semua datang bergolek
Tiada usaha..

Mahu ditunjukkan bintang paling bercahaya
Agar dapat diberi pada Ibunya
Biar dia simpan tatapan hingga akhirnya
Ohh tinggi sungguh impian dan mimpinya

Hari-hari risau akan tugas
Namun tiada berkeras mahu dikerjakan
Tak habis bertangguh malas
Harap orang suap makanan

Bergelak tawa sehari-hari
Kadang keliru kanan ke kiri
Bersama muda mudi
Penuhi gembira hati

Lihat itu dia mendongak ke langit
Lupa sejenak perkara lepas dan mendatang yang perit
Terus bermimpi dan bermimpi
Harap terus berpijak kenyataan hakiki

Selamat malam..Malam.



Monday, September 21, 2009

Thursday, September 10, 2009

10 Terakhir

Tenangkan Jiwa-jiwa gusar
Lapangkan dada mereka yang tersasar
Sejukan hati yang pijar
Hilangkan perut yang lapar
Malapkan amarah hingar bingar
Jauhkan resah bagai terdampar
Tunjukan cahaya tiada samar
Eratkan kasih yang didamba
Dunia akhirat biar sejajar

Sepuluh malam terakhir nafsu masih tegar
Mana mungkin ku ketemu Lailatuqadar.

Saturday, September 5, 2009

Tiny Little World

Secret will unfold
Truth will reveal
No matter how bad the situation are
No matter how bad one used to be
Redha is all you need sometimes
Faith,Belief and tawakkal need to be included into consideration

I know, You Know
We know,They know
But that's us, we tend to forget.

Everything will come to an end.
That's what HE had promised. Salam.

Monday, August 31, 2009

Subuh Merdeka

The moment I wrote this Malaysia celebrated its 52th birthday. While all of us cherish the day where back in 52 years ago everything look so different from what we take pleasure in today,yet so many things still an unsolved issues that I see no end. Particularly, politics,racial,religion and economic is the crucial subject in any country especially in a land of multi-racial like us. The people should erase the stereotype that Malay's were lazy,Chinese were self-centered and Indian,kaki-putar. 52th years old, Malaysian and their new generation supposedly find a consensus solution, a perfect ingredient that could make a beautiful nation which suitably fit true idea of 1Malaysia, a place that we called Home.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 tanahairku.

Saturday, August 29, 2009

Air Kelapa Laut

Meriah cukup meriah.Sampai 3-4 kali ulu-alik kalau ke pasar Ramadhan, gaya macam 3 hari tak berbuka.2 3 hari lepas aku singgah nak beli air kelapa laut,pastinya untuk berbuka,bukan lunch mahupun minum petang. Mamat dekat depan aku bermuka teruja nak beli jadi aku bagi dia beli dulu..

Mamat teruja: Bang air ni rasa camne bang?

Abang AKL: Abang tak boleh cakap la dik,,puasa.Bak sini tangan adik (sambil abang tu menarik tangan Mamat ni menyentuh bekas air air)

Mamat teruja: Kenape bang?

Abang AKL: Sejuk tak? Sejuk! itu je abang boleh bagitahu.

Mamat teruja: (diam)

Communication breakdown.

Friday, August 28, 2009

Bolok-bolok dalaman

hei hal dunia kenapa tak habis bercerita
hei cerita cerita mengapa tiada noktah dihujungnya
hei penghujung tidak cukupkah mana kau hilang
hei hilang bagaimana mahu dicari jalan pulang
hei pulang tunjukkan jalan tiada simpang
hei simpang mana mahu perlu dituju kiri atau kanan
wahai di kiri kanan berapa banyak silap salah tak terbilang.