Saturday, July 19, 2008



Terpacul dari mulut kawan aku, dia marahkan takdir,tak habis-habis dengan takdir, mungkin difikirannya takdir selalu tidak adil bagi dia,takdir tidak pernah sebelahi dia, dia sahaja yang jadi mangsa keadaan.

Bagi aku setiap kita perlu terima setiap suratan tertulis di lauh mahfuz tetapi putus asa jangan sekali, sebab kita semua tahu yang esa memang tidak menzalimi makhluknya, kita mampu mengubah takdir jika kita redha dan ingat pada yang cipta kita. Sabar,usaha,redha dan Doa itu penting. Aku bukan nak jadi ustaz di sini.

....Aku ada satu masalah besar, bagi aku amat besar, aku susah nak menghadapi kehilangan. Aku pelik bagaimana ada yang senang dengan mudah hadapi kehilangan. Agak lari dari topik mula tadi, tentang takdir.Tapi cuba fikir balik, setiap kita diciptNYA berbeza, setiap kita ada kelemahannya, tapi ingat yang pasti Yang Esa tidak menduga kita jika dia tahu kita mampu hadapinya,hanya terpulang pada kita nak guna akal fikiran, anugerah yang tiada pada makhluk lain. Jika bertindak umpama binatang tanpa batasan apa guna akal fikiran lagi, semua pandai berkata-kata bila datang dugaan,perkara halal jadi haram,yang haram pula baginya wajib bila diundang musibah. Aku juga bukan sebaik mana,tapi sebagai kawan aku nak ingatkan sampai bila mahu kita lari dari realiti,dan ingat juga, air kencing makhluk yang dijanjikan jahanam tidak mampu jadi penawar segala musibah. Air kencing itu sekadar pasport janji untuk ke jahanam.

Buat kawan, aku sayang setiap rakan,teman dan sahabat aku, buat musuh yang memusuhi,jika ada, aku tak pernah simpan dendam. Aku juga harapkan nasihat dan peringatan,esok lusa aku juga pasti buat silap. Tak boleh lari.

Takdir memang ada untuk kita, tapi mampu diubah.

Ikut nafsu lesu,ikut rasa binasa.


2 comments:

yb said...

kagum. tertarik. memukau. aku tidak tahu kau mempunyai kebolehan untuk bermain dengan perkataan. tiap bait ayat yang disusun mempunyai seribu makna yang tersembunyi. garapan yang indah dan sentiasa membuatkan aku tersenyum tatkala bebola mata memintas satu persatu bait-bait ayat. syabas. aku sebenarnya tersesat, tatkala aku melayari alam internet yang entah bilakan tamat revolusinya. mungkin tuah, mungkin juga sudah suratan ilahi aku diketemukan dengan blog anda. benak aku kadangkala cemas, emosi juga acapkali diganggu dengan gaya penulisan anda, namun yang zahirnya, aku terhibur dengan coretan perjalan hidup anda. satu lagi kisah hidup anak adam yang mampu memberi kesegaran kepada jiwa yang lesu.

mOEha Aziz said...

salam akeem,

you have done your part.. it is really up to that person really. well done my dear..