Thursday, July 3, 2008

Tak Tahu Menahu DiKetahui

Aku dah ketandusan idea untuk menaip,bait-bait puitis dah tak berlegar dekat otak ni. Dulu masa mula-mula buka account blog ni macam-macam rasa nak ditaip,bersesuaian dengan tema aku kat atas tu,Kisah Rasa.. Truth Divulge. Berbagai perkara rasa nak luah,setiap terlintas di benak rasa nak dicacah pada ruang siber ni. Walhal dulu aku bukan berminat dengan Cik Online ni,jauh sekali untuk sentuh komputer mahupun laptop,mula-mula PC aku sampai dekat kolej dulu kawan-kawan yang pasangkan.Sampai macam tu sekali. Mana tak nya,zaman sekolah banyak aku habiskan dengan aktiviti luar.

..Sometimes things are better to be unsaid,untold.

Esok lusa,cuti semester ni sampai ke penghujung dah, dua-tiga minggu sebelum ni hari-hari aku tidur bila matahari dah naik,bila mak aku nak pergi kerja,adik perempuan nak pergi sekolah baru aku menjengah depan pintu rumah beri salam selamat pagi. "dah balik pun jantan kabaret ni" ayat yang keluar dari mulut yang tercinta. Bukan aku kemana pun lepak minum jumpa kawan-kawan supermainan.Sabar mak.

Minggu depan semester baru bermula. Final semester aku dekat puncak.Tak sangka dah 3 tahun dekat puncak ni, macam-macam jadi, banyak aku belajar dari masyarakat-masyarakat di puncak ni, ada yang indah ada yang kelam.Tak apa aku belajar jugak sekurang-kurangnyanya.

.....Aku tengah duduk depan tv nonton cereka Liang Lahad, sambil komputer riba di atas riba, baru pulang dari keramaian,tunai tanggungjawab seorang muslim di hari jumaat ni.
Cereka di peti tv sekarang tentang bagaimana seorang wali dituduh sebagai gila, lakonan M.Rajoli. Wali-wali Allah,serta ahli-ahli sufi,kisah yang ramai tak tahu,dengan kuasaNya seorang wali terpilih mampu bertindak diluar kemampuan manusia biasa.Tertanya juga aku masih ada lagi kah wali keramat dalam dunia sekarang ni?. Eh melalut kalut dah ni.
Aku bukan lah seorang yang arif tentang selok-belok agama,kadang-kadang banyak tersimpang dari landasan,tapi agak tenang bila kita kembali pada perkara asasNya.



"The most dependable handhold on faith is: love for the sake of Allah and hatred for the sake of Allah." [At-Tirmidhee]

No comments: