Thursday, May 14, 2009

Bukan Cerita Kesian

Dua minggu lepas saat aku tengah berbaring dirumah datang Ibu aku dengan tak semena-mena menangis disebelah aku. Pastinya saat ini dia masih dilanda dugaan yang hebat, amat hebat bagi aku untuk seorang ibu dan wanita. Dia aku cintai lebih dari nyawa aku sendiri. Saat dia berjurai air mata tak sanggup aku tatap wajah dia, sebab aku tidak mahu turut serta merengek, aku tabah kan jua memujuk. Bagai nak pecah dada aku tahan sebak. Saat dia berpaling menitik juga setitis dua. Aku hanya mampu meredakan, memujuk..memeluk. Kata aku 'tuhan sayangkan kita mak". Entah bagaimana aku mampu tersenyum kemudian.

Satu masa,dua emosi berbeza.

Saat aku nak tidur sebentar tadi, teringat pulak aku pada kata-kata aku 2 minggu lepas itu. Ianya Bukan spontan, aku percaya pada ketentuan DIA.

Baru semalam aku berbual dengan ibuku di telefon, dari suaranya, kekasih aku itu dalam proses mendapatkan semula semangatnya.
Lega.

Nak tak nak. Buruk baik, hidup mesti terus. Tak lama pun.

Persoalan untuk mereka yang dalam kesusahan ialah. Kenapa perlu bila dalam kesusahan semua berasa derita? Kenapa bila diduga semua rasa itu suatu hukuman? Kenapa bila datang gelap tidak terfikirkah kau akan ada siang?

Dugaan datang bukan dalam kesusahan sahaja, kesenangan juga adalah dugaan. Jangan lupa yang sedang bersenang tak semesti hati tenang. Buat teman,sahabat,kawan dan rakan aku yang dalam kesusahan sekarang. Jangan mengeluh. Hadapi dengan senyuman. Dan yang penting ketika ini lah kau semua menjadi diri sendiri dan ketika inilah kita berpijak sekuat-kuatnya di bumi yang nyata. Bukan manusia yang berpaksi pada hipokrasi, bukan manusia manusia mati hati.

Buat teman rakan sahabat, pape roger wehh!

Dan buat ibuku. Selamat Hari Ibu.

eh lupa, hari-hari hari ibu kan. duhhh

No comments: