Wednesday, May 13, 2009

SAYA SAYANG MALAYSIA

Aku adalah antara rakyat Malaysia yang menonton rancangan Bersamamu di Saluran TV3, 13 Mei. Seperti biasa ia memaparkan kepayahan, serta jerih perih yang dilalui sebilangan rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik seperti kita. Episod kali ini tentang sebuah keluarga keturunan India, diketuai oleh Poovendran,38, seorang ayah yang telah hilang upaya akibat kemalangan jalanraya bertanggungjawab (bukan terpaksa) menjaga 7 orang anak yang masih bersekolah dalam serba kedaifan.

Keadaan tempat tinggal yang lebih sesuai dipanggil kandang lembu malah lebih teruk dari itu sememangnya sukar dibayangkan bagaimana mereka 9 beranak hidup bertahun-tahun di situ. Ular, anjing liar dan serangga berbisa menjadi tetamu tidak diundang sepanjang masa.

Kita tolak ketepi sebentar soal CSR (Corporate Social Responsibilty) yang ditonjolkan oleh sebuah syarikat pengeluaran beras diakhir rancangan. Mereka menyumbang sejumlah wang dan barang keperluan asas untuk keluarga tersebut,ternyata 7 anak-anak Poovendran melonjak girang saat mendapat tilam dan bantal yang entah bila kali terakhir mereka rasai. Jika berbondong-bondong syarikat dan wakil kerajaan datang membantu selepas ini bukankah satu perkara yang pelik. Malah menjadi sebahagian budaya ahli politik menjadikan kesusahan rakyat sebagai satu medium untuk meraih sokongan.

Aku tidak terfikir berbicara tentang soal kancah politik dalam blog ini namun rasa meluat dengan arena politik kini sudah tak tertanggung lagi.

Poovendran bersama keluarganya yang tinggal di kandang lembu tersebut menetap di Tronoh,Perak. Negeri Darul Ridzuan. Kes Poovendran mungkin isu terpencil dalam ribuan masalah di negeri Perak, pastinya ada ribuan lagi yang mengalami nasib yang sama di seluruh negara.

Namun melihatkan keadaan politik dan situasi orang-orang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, bertelagah sesama sendiri, yang entah untuk siapa mereka tegakkan semangnya wajar dikecam rakyat. Amat wajar.

Aku tidak perlu menerangkan satu persatu apa isu-isunya. Media massa mampu jelaskan semua sekarang. Namun perkara akar umbinya, dalam apa hal sekalipun rakyat sewajarnya di utamakan.

Demi kepentingan sebilangan kecil pemimpin-pemimpin untuk meneruskan survival politik mereka nasib rakyat diperjudikan. Bayangkan jika ratusan juta wang yang disalurkan untuk kempen dan proses pilhanraya berulang-ulang disalurkan untuk orang-orang seperti Poovendran dan semestinya untuk Agama,Bangsa dan Negara, bukankah itu pokok pangkal dalam memimpin? .

Siapakah PENGKHIANAT BANGSA sekarang?.

Pekerjaan termudah tapi paling jijik adalah memimpin tanpa tanggungjawab.

Benar tetap benar. Salah tetap salah. Amanah tetap amanah. Rakyat perlu diutamakan. PEACE satu kali. 1Malaysia.

3 comments:

aifa said...

u change a lot! ako cam terharu bc post2 ko! menarik! ako rase .. hakim yg ako kenal dulu lain sgt rasenye!! hehe

Hakim Nasir said...

aifa- tq:) lain? mana ada lain,sama jeeeeloor

pokko said...

you are what you write. What you write is a direct reflection of what you are made of.