''Atuk macam tu la, baring je.''
''Atuk nak akim balik tak?''
''Kau cakap dengan atuk sendiri,jap.''
Aku sempat dengar dia cakap hello saja, Cik Lah kembali menyahut.
''Atuk tak nak cakap akim... dia nangis tu.''
''Erm akim balik la petang ni, jangan beritahu Atuk, nanti risau pulak dia.''
Perbualan aku di telefon petang tadi.
Aku segera minta Mak aku hantarkan aku pergi perhentian bas. Tak tahan juga aku.
Sesampainya aku di rumah atuk,nenek dah tunggu dekat tangga depan, ke dapur terus aku meluru. Dia masih terkujur di katil seperti 2 minggu lepas aku lihat. Tangan aku digenggamnya erat,walau raut wajahnya bersahaja.
Tadi lepas maghrib,dia panggil aku. Minta diurut.
''Jangan kuat-kuat'',katanya.
''Baik tok''
''Akim, akim tengok atuk sekarang macam mana?'' soalnya dalam loghat Kelantan.
''Atuk sekarang tak macam dulu dah tok, lain sangat tok.''
Dua-dua diam.
Cik Lah pula di sebelah sedang urut nenek aku. Sesi mengurut orang-orang tua.
..................................................................................................................
Dulu kau gagah menjulang aku
Kini bangkit dari baring kau tak mampu
Bermain badminton dengan aku ligat kau dulu
Menghayun tangan angkat sudu kini kau dah tak mampu
Berjenaka sinis sambil mimik muka lucu kau selalu buat dulu
Kini wajah gering itu satu kau mampu
Nyamuk datang dulu kau tepis untuk aku
Kini nak mengiring pun satu ujian buatmu
Masa kecil kau tukar lampin aku
Kini lampin pakai buang jadi teman malam mu
Ini realiti kehidupan, kita tak tahu bila tua nanti macam mana kita. Orang kata, buat apa duk difikir semua itu, ''muda lagi, tua tu tua la,sekarang nikmati muda ni''.
Kalau kau sempat merasa tua.
Kanser atuk aku semakin melarat, sekarang dia susah nak bangun dan berjalan. Kaki dah mula membengkak,bila petang dia akan mula demam. Makin uzur dia.
Risau, sayu.
Baru-baru ini beberapa khabar kematian aku dengar, dari yang terkenal hingga teman-teman sebaya. Dengan cara tak disangka. Manusia meninggal kan dunia dan diambil nyawa ada berbagai cara, kalau tak sebab penyakit sebab terbunuh dalam pelbagai keadaan.
Terfikir tak giliran kau bagaimana? Oh yea, lupa aku, ajal maut semua ditangan tuhan jangan fikir sangat kan? Kan muda lagi, yang perempuan teruskan bersama teman lelaki mu, yang lelaki penuhi kehendak nafsu nafsi mu,tak begitu?
............................................................................................................................
Aku jadi seorang yang berbeza bilamana aku disisi orang tua aku,atuk nenek aku. Tak sampai hati buat mereka terluka.
Malam ni di sebelah kiri aku nenek aku, sedang nyenyak tidur setelah seharian menjalankan tanggungjawab seorang isteri, 48 tahun setia pada si suami yang sedang kegeringan tidur disebelah kanan aku. Suaminya yang dulu dekat separuh abad memenuhi tanggungjawab seorang pemimpin keluarga.
Aku berbaring ditengah, sementara masih ada masa untuk bermanja. Sebelum terputus hubungan cinta di dunia. Sementara nafas mereka masih ku dengar.
Tidurlah tok, tidurlah nek. Salam.
Entri ke-100
7 comments:
kim..sementara ada peluang..cherish it..jgn jadi mcm aku..seminggu sebelum tok aku meninggal aku marah dia..time dia nazak,aku xdak langsung dgn dia..smpai sekarang aku nyesal x sempat mntak maaf..
kamu kuat. :)
pergi kerana sayang ;)nomie
Kuat kan semangat, doakan yang terbaik untuk atok & nenek Hakim.
Semoga mereka terus diberikan kesihatan yang baik dan untung diorang dpt cucu baik mcm Hakim nih =)
Hakim,
Happy Ramadhan ;)
bila rasa itu mula bercakap
maksudnya rasa itu dah ada kekuatan mngetuk minda manusia.. perasaan ko dah kuat tu bro, sekaranag ni mulut berkata apa yang hati rasa..maksudnya bagusla, six sense ko dah terbuka..
nareem: life has treats all of us equally, HE gave us things dat we can go through, dun worry bout me,hee,ill be gud n mudahan kawan-kawan sy pun baik sokmo:)Amin.
wawad:jgn risau pawad,pape pun DIA Maha Mengampuni,,aku duk risau jugak kalau pape jadi kat tok aku ni, dia jela duk slalu doakan nak tgk aku jadi org elok2. thx pawad
anonymous: thanx,harap2 apa sy teka tak salah siapa Kamu.
nomie:pergi kerna sayang, kembali ke sana sebab ada lebih sayang.
cyikin: tak byk perkara sy boleh buat utk tok nek sy, melainkan jadi manusia boleh pakai:)mekasih cyikin
mybreakfastclub:same goes to u! salam ramadhan
pokde:six-sense!? hee i see beautiful people
Post a Comment