Sunday, November 29, 2009

Al-Fatihah

Pergi jua kau akhirnya tok,Saat anak cucu berada disisi,Menghembus nafas akhir mu
Malam mulia hari mulia Izrail datang menjemput.

Malam ini bermula Mek tidur seorang tanpa mu,suami yang setengah abad melayari bahtera susah payah. Walau kadang bercanggah suara juga,namun tetap lena bersama malamnya.

Malam ini anak-anak mu menjadi yatim,hilang seorang pemimpin yang membawa mereka jadi orang berguna. Anak-anak yang dulu kecilnya kau garang menyebat kini jadi orang hasilnya.

Malam ini cucu-cucu mu tiada lagi tempat bermanja daripada seorang atuk yang selalu bergurau dengan jenaka bersahaja mu. Cucu yang kau juga besarkan.
Hanya kenangan pengubat lara.

Malam ini aku pasti kau masih disekitar kami, memerhati gelagat orang yang kau cintai.

Malam ini aku lena di katil mu, beralas bantal mu, berselubung selimut mu.

Alhamdulilllah, atuk selamat dikebumi, disemadikan selamanya, hanya 3 perkara kau bawa pergi. Namun rindu cinta kami pada mu dan doa kami kan terus bersama mu.

Jika diizinkanNya tok kita bertemu di hari muka.

Al-FATIHAH.

26 November bersamaan 9 Zulhijjah 1430H.
Haji Harun Awang Hitam telah kembali ke rahmatullah.

8 comments:

Anonymous said...

hai hakim, i'm sorry to hear about your loss, your grandpa must've been a very good and lovely grandparent.and u're lucky to have him in your life.Death is for sure, the only thing that makes it better is, when you appreciate what's left for LIFE.so, be patient ok. :)


al-fatihah.

Anonymous said...

takziah.

ayien.. said...

sabar ek, al fatihah..

goloxx said...

assalamualaikum akim..cikani baru perasan blok akim ni. Tulisan akim tentang atok bt cikani mgalir airmata. Smlm mciknor bt mee rebus..teringat sgt kt atok masa 2..

sama2lh mdoakn kesejahteraan arwah..

Cyikin said...

Salam takziah Hakim.
Cyikin br dpt bukak balik blog Hakim ni setelah sekian lama.

Kuatkan semangat k.Doakan arwah.

elyias omar said...

Al-Fatihah~

Anonymous said...

Al Fatihah!

Rosli Ismail said...

Al Fatihah