Monday, June 1, 2009

Graduasi

Back to 4 years ago.Yes young and stupid I was. A human who believes the good faith only granted for those who never make a wrongdoings. But as time moves by, i learned there are peace in forgiveness, forgive yourself.Being gentle means forgiving yourself when you mess up. We should learn from our mistakes, but we shouldn't beat the tar out of ourselves over them. The past is just that.., past. Learn what went wrong and why. Make amends if you need to. Then drop it and move on. Move on,,hmm its hard, but life demand us to, hijrah. Writing on this sheet is easy for me,, yes i do realize how mistakes is something we all humans cant hide from,but after all it takes chances to make changes.


Convocation, in a few hours. Mixture of feelings.

Tuesday, May 19, 2009

Sebelum aku pulang

Aku
menghala pulang langit merah
berkemeja kotak waktu senja
sama seiring pulang daerah
hati tersenyum membawa berita

kaki gagah memerah keringat
saat pulang terasa nikmat.

Saat tiba segera berlunjur
teringat atuk ingin bertutur
dihubungi sebelum terlanjur
salam disambut, tutur kasih segera diatur. ........................................................................................................................................................

Perjalanan malam tidak dekat
Mohon diberkat juga selamat.

Selamat Malam.

Sunday, May 17, 2009

Layan

Makan,makan and makan.
Thanks to God for the rezki I had,been given a great part-time job. Going places and taste some of the best cuisine in town, and not to forget listening to inspiring stories from great people.
So it was Kedai Kopi yesterday, one of the pleasant and idyllic restaurant in Shah Alam.

the background- Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Mosque.

Mee Bandung with Watermelon Juice,,
Honey Asam Boi layann


'Raja Lumu' Pepper Steak
grilled sirloin served with pepper sauce, and ada bake potato. terbaik.

Chicken Maryland
Deep fried chicken wing with coleslaw and fries. layan bai..

a-five ringgit in the pocket-food journalist
..................................................................................................................................................

Next week will be a tough week as I'll be participating in the Life-Buoy and Steadler School Programme, Its going to be challenging as I need to entertain and educate childrens over 20 primary school in Kuantan. Its gonna be 'fun' too. so, Seeeelamat Pagi Cikgguu!!

Thursday, May 14, 2009

Bukan Cerita Kesian

Dua minggu lepas saat aku tengah berbaring dirumah datang Ibu aku dengan tak semena-mena menangis disebelah aku. Pastinya saat ini dia masih dilanda dugaan yang hebat, amat hebat bagi aku untuk seorang ibu dan wanita. Dia aku cintai lebih dari nyawa aku sendiri. Saat dia berjurai air mata tak sanggup aku tatap wajah dia, sebab aku tidak mahu turut serta merengek, aku tabah kan jua memujuk. Bagai nak pecah dada aku tahan sebak. Saat dia berpaling menitik juga setitis dua. Aku hanya mampu meredakan, memujuk..memeluk. Kata aku 'tuhan sayangkan kita mak". Entah bagaimana aku mampu tersenyum kemudian.

Satu masa,dua emosi berbeza.

Saat aku nak tidur sebentar tadi, teringat pulak aku pada kata-kata aku 2 minggu lepas itu. Ianya Bukan spontan, aku percaya pada ketentuan DIA.

Baru semalam aku berbual dengan ibuku di telefon, dari suaranya, kekasih aku itu dalam proses mendapatkan semula semangatnya.
Lega.

Nak tak nak. Buruk baik, hidup mesti terus. Tak lama pun.

Persoalan untuk mereka yang dalam kesusahan ialah. Kenapa perlu bila dalam kesusahan semua berasa derita? Kenapa bila diduga semua rasa itu suatu hukuman? Kenapa bila datang gelap tidak terfikirkah kau akan ada siang?

Dugaan datang bukan dalam kesusahan sahaja, kesenangan juga adalah dugaan. Jangan lupa yang sedang bersenang tak semesti hati tenang. Buat teman,sahabat,kawan dan rakan aku yang dalam kesusahan sekarang. Jangan mengeluh. Hadapi dengan senyuman. Dan yang penting ketika ini lah kau semua menjadi diri sendiri dan ketika inilah kita berpijak sekuat-kuatnya di bumi yang nyata. Bukan manusia yang berpaksi pada hipokrasi, bukan manusia manusia mati hati.

Buat teman rakan sahabat, pape roger wehh!

Dan buat ibuku. Selamat Hari Ibu.

eh lupa, hari-hari hari ibu kan. duhhh

Wednesday, May 13, 2009

SAYA SAYANG MALAYSIA

Aku adalah antara rakyat Malaysia yang menonton rancangan Bersamamu di Saluran TV3, 13 Mei. Seperti biasa ia memaparkan kepayahan, serta jerih perih yang dilalui sebilangan rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik seperti kita. Episod kali ini tentang sebuah keluarga keturunan India, diketuai oleh Poovendran,38, seorang ayah yang telah hilang upaya akibat kemalangan jalanraya bertanggungjawab (bukan terpaksa) menjaga 7 orang anak yang masih bersekolah dalam serba kedaifan.

Keadaan tempat tinggal yang lebih sesuai dipanggil kandang lembu malah lebih teruk dari itu sememangnya sukar dibayangkan bagaimana mereka 9 beranak hidup bertahun-tahun di situ. Ular, anjing liar dan serangga berbisa menjadi tetamu tidak diundang sepanjang masa.

Kita tolak ketepi sebentar soal CSR (Corporate Social Responsibilty) yang ditonjolkan oleh sebuah syarikat pengeluaran beras diakhir rancangan. Mereka menyumbang sejumlah wang dan barang keperluan asas untuk keluarga tersebut,ternyata 7 anak-anak Poovendran melonjak girang saat mendapat tilam dan bantal yang entah bila kali terakhir mereka rasai. Jika berbondong-bondong syarikat dan wakil kerajaan datang membantu selepas ini bukankah satu perkara yang pelik. Malah menjadi sebahagian budaya ahli politik menjadikan kesusahan rakyat sebagai satu medium untuk meraih sokongan.

Aku tidak terfikir berbicara tentang soal kancah politik dalam blog ini namun rasa meluat dengan arena politik kini sudah tak tertanggung lagi.

Poovendran bersama keluarganya yang tinggal di kandang lembu tersebut menetap di Tronoh,Perak. Negeri Darul Ridzuan. Kes Poovendran mungkin isu terpencil dalam ribuan masalah di negeri Perak, pastinya ada ribuan lagi yang mengalami nasib yang sama di seluruh negara.

Namun melihatkan keadaan politik dan situasi orang-orang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, bertelagah sesama sendiri, yang entah untuk siapa mereka tegakkan semangnya wajar dikecam rakyat. Amat wajar.

Aku tidak perlu menerangkan satu persatu apa isu-isunya. Media massa mampu jelaskan semua sekarang. Namun perkara akar umbinya, dalam apa hal sekalipun rakyat sewajarnya di utamakan.

Demi kepentingan sebilangan kecil pemimpin-pemimpin untuk meneruskan survival politik mereka nasib rakyat diperjudikan. Bayangkan jika ratusan juta wang yang disalurkan untuk kempen dan proses pilhanraya berulang-ulang disalurkan untuk orang-orang seperti Poovendran dan semestinya untuk Agama,Bangsa dan Negara, bukankah itu pokok pangkal dalam memimpin? .

Siapakah PENGKHIANAT BANGSA sekarang?.

Pekerjaan termudah tapi paling jijik adalah memimpin tanpa tanggungjawab.

Benar tetap benar. Salah tetap salah. Amanah tetap amanah. Rakyat perlu diutamakan. PEACE satu kali. 1Malaysia.

Sunday, May 10, 2009

Chenta

Tiada kekal apa di dunia
Jika benar dia ku cintai
Biarlah sekadar sahaja
Dunia terlalu hina tuk ditangisi

Hanya cintaNya cinta kudus
Hanya RabbNya kekal mulus
Bercinta kasih aku tulus
Kuserah pada Lauh Mahfuz

Tuesday, April 28, 2009

Rasa Aneh

Mana mungkin mampu membaca kotak minda manusia,
Tapi kita juga dikurniakan kebolehan membaca gaya bahasa tubuhnya.

Jauh sekali untuk menafsir setiap tingkah laku dan peri manusia,
Namun jangan dilupa bila diam kita juga berbicara.

Tidak terfikir manusia mampu melihat dibelakang mata,
Tapi kita kita ada membawa aura.

Jika sejuk terasa dinginnya.
Jika panas terkesan hangatnya.
.........................................................................................................................................................................

Laut biru aku impi.
Dasar laut aku selami.

Ke pulau aku sok lusa. Mungkin udara disana lebih aman.

Wednesday, April 1, 2009

Harapan

Berbicara tentang kehidupan mengundang banyak persoalan pada diri aku, hidup memang unik,dan kehidupan itu pelik tetapi masih menarik untuk diungkai. Ketika aku masih agak mentah amat mudah bagi aku rasa merendah diri dengan apa yang aku ada dan apa yang aku tiada. Kadang kala rasa beruntung menjadi orang lain,mampu memiliki harta duniawi yang diimpi. Semakin masa beredar dan melalui pelbagai rintangan, harapan dan cabaran ia sedikit sebanyak mengajar erti menghargai apa yang telah aku miliki dan jugak mengerti apa yang ditakdirkan ilahi.

Aku bukan seeloknya nyawa yang selayaknya berbicara tentang kehidupan,namun seperti aku ingatkan diatas tadi,kehidupan ini unik,setiap kita unik,tiada seorang pun ditanah yang kita pijak ini serupa sama dengan kita. Denai kehidupan kita semua berbeza,tiada kesudahan cabang- cabangnya,tapi tujuannya Satu.

Aku,kita dan semua mempunyai pelbagai harapan setiap hari,kita merancang dan kita mengimpikan setiapnya berjaya,walhal kita lupa ada separuh lagi ruang untuk kita kecundang.
Bukan aku mengingatkan untuk berfikir negatif tetapi harapan kadangkala memusnahkan kita,harapan kadangkala membuatkan kita leka dengan apa yang ada didepan kita hari ini.
Kita lupa apa yang terhampar luas dihadapan kaki kita hari ini, kita gagal menilai pemberian kita terima hari ini kerana terlalu memberi harapan pada kemudian hari yang entah muncul tidak.


Acu aku, baru sahaja disatukan dengan kekasihnya.
Aku tahu kisah cintanya. Menempuh berbagai halangan rintangan.
Dia pernah ada Harapan, untuk bahagia. Setelah berduka. Kini ditemuinya,bahagia.


Si kecil dalam gambar ini adalah sepupu baru aku,
diangkat dari sebuah keluarga yang tidak mampu menyaranya.
Kini penyeri rumahtangga Pak cik aku.
Amira namanya.
Harapan untuknya,berjaya.

Nenek aku,sejak akhir ini sakit-sakit selalu.
Harapan,,Cinta aku padanya tak pudar hingga hujung nyawa.

Adam,juga ahli baru dalam keluarga nenek saudara aku,
Ditinggalkan oleh ibunya,kemudian diambil sebagai anak angkat oleh makcik saudara aku.
Sewaktu lahirnya doktor mengesahkan dia tidak mungkin mampu berdiri,bercakap, dan hidup sempurna seperti kanak-kanak lain,kepalanya membesar semasa kecil. Jika disentuh di ubun-ubunnya,lembut,tengkorak kepalanya hanya di dahi jadi kepalanya tidak mampu menerima sedikit hentakan.

Tetapi kini umurnya 5 tahun, dia mampu berdiri,bahkan berlari.
Petah berkata-kata, dan apa yang menakjubkan aku dia mampu menghafal beberapa surah al-Quran yang orang sebaya aku tidak tahu. Unik bukan kehidupan. Harapan,dia bahagia.

Aku suka menimbang tara sesuatu dengan perkara sebaliknya, agar aku tidak terlepas pandang sesuatu perkara,kerana itu aku juga berpendapat bahawa Harapan juga adalah sesuatu yang indah kita miliki. Harapan boleh mematikan jiwa yang belum tercabut daripada jasadnya tetapi harapan juga membawa kehidupan.

Itu tentang harapan.