Tuesday, April 28, 2009

Rasa Aneh

Mana mungkin mampu membaca kotak minda manusia,
Tapi kita juga dikurniakan kebolehan membaca gaya bahasa tubuhnya.

Jauh sekali untuk menafsir setiap tingkah laku dan peri manusia,
Namun jangan dilupa bila diam kita juga berbicara.

Tidak terfikir manusia mampu melihat dibelakang mata,
Tapi kita kita ada membawa aura.

Jika sejuk terasa dinginnya.
Jika panas terkesan hangatnya.
.........................................................................................................................................................................

Laut biru aku impi.
Dasar laut aku selami.

Ke pulau aku sok lusa. Mungkin udara disana lebih aman.

Wednesday, April 1, 2009

Harapan

Berbicara tentang kehidupan mengundang banyak persoalan pada diri aku, hidup memang unik,dan kehidupan itu pelik tetapi masih menarik untuk diungkai. Ketika aku masih agak mentah amat mudah bagi aku rasa merendah diri dengan apa yang aku ada dan apa yang aku tiada. Kadang kala rasa beruntung menjadi orang lain,mampu memiliki harta duniawi yang diimpi. Semakin masa beredar dan melalui pelbagai rintangan, harapan dan cabaran ia sedikit sebanyak mengajar erti menghargai apa yang telah aku miliki dan jugak mengerti apa yang ditakdirkan ilahi.

Aku bukan seeloknya nyawa yang selayaknya berbicara tentang kehidupan,namun seperti aku ingatkan diatas tadi,kehidupan ini unik,setiap kita unik,tiada seorang pun ditanah yang kita pijak ini serupa sama dengan kita. Denai kehidupan kita semua berbeza,tiada kesudahan cabang- cabangnya,tapi tujuannya Satu.

Aku,kita dan semua mempunyai pelbagai harapan setiap hari,kita merancang dan kita mengimpikan setiapnya berjaya,walhal kita lupa ada separuh lagi ruang untuk kita kecundang.
Bukan aku mengingatkan untuk berfikir negatif tetapi harapan kadangkala memusnahkan kita,harapan kadangkala membuatkan kita leka dengan apa yang ada didepan kita hari ini.
Kita lupa apa yang terhampar luas dihadapan kaki kita hari ini, kita gagal menilai pemberian kita terima hari ini kerana terlalu memberi harapan pada kemudian hari yang entah muncul tidak.


Acu aku, baru sahaja disatukan dengan kekasihnya.
Aku tahu kisah cintanya. Menempuh berbagai halangan rintangan.
Dia pernah ada Harapan, untuk bahagia. Setelah berduka. Kini ditemuinya,bahagia.


Si kecil dalam gambar ini adalah sepupu baru aku,
diangkat dari sebuah keluarga yang tidak mampu menyaranya.
Kini penyeri rumahtangga Pak cik aku.
Amira namanya.
Harapan untuknya,berjaya.

Nenek aku,sejak akhir ini sakit-sakit selalu.
Harapan,,Cinta aku padanya tak pudar hingga hujung nyawa.

Adam,juga ahli baru dalam keluarga nenek saudara aku,
Ditinggalkan oleh ibunya,kemudian diambil sebagai anak angkat oleh makcik saudara aku.
Sewaktu lahirnya doktor mengesahkan dia tidak mungkin mampu berdiri,bercakap, dan hidup sempurna seperti kanak-kanak lain,kepalanya membesar semasa kecil. Jika disentuh di ubun-ubunnya,lembut,tengkorak kepalanya hanya di dahi jadi kepalanya tidak mampu menerima sedikit hentakan.

Tetapi kini umurnya 5 tahun, dia mampu berdiri,bahkan berlari.
Petah berkata-kata, dan apa yang menakjubkan aku dia mampu menghafal beberapa surah al-Quran yang orang sebaya aku tidak tahu. Unik bukan kehidupan. Harapan,dia bahagia.

Aku suka menimbang tara sesuatu dengan perkara sebaliknya, agar aku tidak terlepas pandang sesuatu perkara,kerana itu aku juga berpendapat bahawa Harapan juga adalah sesuatu yang indah kita miliki. Harapan boleh mematikan jiwa yang belum tercabut daripada jasadnya tetapi harapan juga membawa kehidupan.

Itu tentang harapan.

Tuesday, March 31, 2009

untukmu Bintang



i wis
h i could tell you,,

but i cant.

i smile

yes,, i talked a lot when we met

i know i make stupid jokes
still
You laughed out so loud



but

i dont want you to know
my feeling


words are better left unsaid sometimes.

actually

i nak "beri-beri".

Saturday, March 28, 2009

Pomot 5 # Pakat P Ramai Ramai

Aku pergi menonton sebuah lagi filem arahan Yasmin Ahmad. Talentime. Two thumbs up campur dengan ibu jari kaki sekali aku bagi. Berbagai maksud tersirat terkandung dalam beberapa adegannya. Anda akan tertawa pada mulanya tetapi anda pasti berfikir semula akan mesej yang cuba disampaikan. Tidak berat tetapi lebih kepada sinikal. Jika anda adalah peminat no1 filem seperti Mami Jarum, Cinta Fotokopi dan juga KL Drift adalah wajar anda berfikir 2 kali sebelum merasa "membazir" menonton filem ini.

Tapi ini yang aku kurang gemar bila menonton filem arahan Yasmin Ahmad. Dan ia berlaku lagi kali ini.

"Lah itu je ke?"

Ayat yang buat aku rasa nak bagi tapak kaki saiz 9 dekat bibir mamat ni.

Sunday, March 22, 2009

Bila Si Jahil Berkata

Bila Si Jahil berbicara aku diamkan sahaja, tidak pulak bara ku simbah dengan minyak pelita.
Aku tawarkan suasana,agar semuanya aman sentiasa.

Bila Si Jahil beromong aku tutup sahaja telinga dengan minda tah kemana.
Bila Si Jahil bersungut aku lapah kata-katanya agar tak tinggal sisa.
Bila Si Jahil berkotek aku urut dada,sabar menanti menetas telurnya,aku pijak pecah.

Bila Si Jahil berbicara, rasional melangkaui semuanya,aku lebih rela membatu dari terkeluar hamburan kata mencuka. Kerna aku sedar akibat berkata membabi-buta.

Bila Si Jahil bertutur,I know there's the devil whispers at my ears, saying all those callous words. But then again it failed to sway me from what I've been holding on to...Don't let the beetles get you down.


kotek- 1.bunyi ayam betina selalunya bila bertelur.
2. kemaluan lelaki

Monday, March 16, 2009

POMOT 4# Lets go to the Ocean

This is what i get while browsing the internet looking for my research "literature review" .
The average blue whale produces over 400 gallons of sperm when it ejaculates, but only 10% of that actually makes it into his mate. So 360 gallons are spilled into the ocean every time one unloads.
And you wonder why the ocean is so salty...

Saturday, March 7, 2009

its been a - while

its been awhile since i put my feelings into words,, kisah rasa.
its been awhile, since i hear the rhythm of my heart beat,,
its been awhile since i wake up and smile,,
its been awhile then..

I'm afraid to say that i feel empty,,as that's the weakest point a man can be.

afraid,,something i cant hide.
losing,,something i wont denied.
giving up,,something i cant abide.


demam.musim hujan.
peralihan monsun berita kat tv beritahu tadi.
memang masa sakit la orang baru nak ingat banyak perkara.

Thursday, January 22, 2009

MEK

Dulu kasih kau titip dalam setiap langkah hidupmu
Setiap kudrat
dipalu untuk anak dan cucumu
Tika anak cucuk ralik di perbaringan kau bangkit di kala gelap
Bangun pagi mu membungkus nasi
dijual di keramaian


Kedut kasar urat tua serata tubuh
Penat lelah dan peluh jenuh
Demi keluarga tercinta kau tetap utuh


Hati terguris menjadi teman
Sakit terhiris kau sendiri ubat kesian


Dari aku sebesar lengan kasih kau titis, waktu nyamuk dekat kau tepis
Hanya sekali pernah ku lihat kau menangis
Itupun
kulihat hanya sekalis


Mahu sekali ku dengar setiap kisah hidupmu
Mahu sekali aku tahu apa isi hati mu
Tapi kau bijak sorok segalanya
Seperti apa berlaku semuanya sempurna
Sepanjang hidupmu menghambakan diri buat keluarga


Buta huruf mu tak jadi gembala
Cinta tulus dijunjung di kepala
Buat anak cucu dan suami kau kerah tenaga


Walau kau tiada harta dana
Ke jahanam apa orang kata
Demi
bahagia kau gagah jua

Kau nenek dihujung usia
Kabarlah apa lagi mampu buatmu bahagia


Dia aku agungkan antara semua hawa
Ya Tuhan janganlah lagi cabut nyawanya.


Untuk nenek aku,,Esah Bt Senik.