''akim takut, kalau atuk bangun pagi nanti kejut akim tau"
Dulu kau masih bertenaga, walau waktu itu lebih separuh abad telah kau lalui
Ingat lagi dulu aku kau tatang,Malam sahaja, aku tidur antara Mu dengan Mek
Tubuh kecilku kau litup dengan lengan kasar mu
Petang kau bawa aku jalan keliling kampung
Aku memang tak mengerti bagaimana susahnya dulu
Aku tahu meminta saja,
Kau dan Mek meniaga belum Sang Cahaya muncul
Jika takut juga kau bawa aku sama-sama,
C70 jadi pelana
Kau tahu aku takut guruh kilat, kau tutup telingaku dengan bantal kekabu Mek jahit
Pernah juga telingaku kau piat, sakit, aku nangis, Mek pujuk
Kadang-kadang Mek cubit betis kau pula tenangkan
Aku takut ke jamban kau teman
Memang susah dulu besarkan aku,kau tak pernah keluh
Mak tahu kau akan besarkan aku jadi yang baik-baiK
Pernah juga kau dan mek tangiskan susahnya lihat KAMI
Aku tahu dalam solatmu doa padaku tak pernah putus
Bila jumpa pasti ini kau tanya
''Bakpo tok talipon atuk langsung,dok dengar khabar teruh''
''Bila mu nak abis blaja kim"
Aku tak mampu dengar suara mu bila jauh,
Sayu bunyinya, Sebak akhirnya
Aku tahu kau nak lihat aku jadi orang baik-baik
Bukan seperti insan terdahulu
Aku tahu kau nak aku sentiasa kenang jasa
Aku tahu juga, kau tak pernah suka tengok rambut aku panjang lebih telinga
Kau mahu aku kemas, biar nampak gaya yang berjurus
Baik tok.
''Esok atuk kena bedah, ada masalah dengan prostat',maklumlah orang tua''.
Mak call tadi.
Mana mungkin aku lena malam ni.
Kini kau gering, walau nampak masih ada saki-baki kudrat
Kau sorok, kau fikir kau boleh tipu aku
Mana mungkin aku sanggup lihat kau terlantar lagi
Mana mungkin aku tahan lihat kau derita.