Berakhir sudah tugas di Ayer Keroh,untuk MSAM, seminggu aku kat sini tak terasa walau hati asyik fikir akan final exam,aku pulak boleh sibuk kerja.Lupa aku masih siswa. Bukan tak fikir pasal pelajaran tapi aku memang kena kerja jugak.Dilema.
Tapi seronok sepanjang kat sini, layan kerenah kanak-kanak
Yang semua masih hingusan,
Yang belum terusik dek dunia sana
Tubuh kecil sentiasa mengiya kata orang tua,
Semua datang gembira dengan ibu ayah
Walau ada yang menangis tika hilang ibu di mata
Tapi masih riang mahu masuk pertandingan mewarna
Setiap mereka terkinja mahu tunjuk bakat yang ada
Hadiah sudah pasti bukan ukuran yang penting mereka mahu ceria
Mudah jadi kanak-kanak
Tiada runsing diminda Tiada Gelisah sentiasa
Semua mendengar kata, masih suci jiwa mereka
Keletah mereka buat yang dewasa turut serta merasa indahnya dulu kala
Bas 9.30 Malam. Ke Puduraya. Lagi sejam setengah,lama pulak rasanya

dengan banyak lagi aku tak study, esok pagi-pagi ada paper penting.
Aku masih dekat Melaka Sentral terkial-kial belek nota.
Memang tak masuk pun baca,setiap kelibat yang lalu menggangu fokus aku.
Selang beberapa muka aku belek,tubuh kecil molek mendekati aku.
Soalnya ''Abang nak beli buku-buku zikir?”
Dari Merlimau asalnya
Adik Nadirah, 11 tahun umurnya
Bertudung litup biru hitam manis kulitnya
Bertubuh kecil berlesung pipit pipinya
Bila ditanya dengan siapa datangnya ’’Ustaz’’ jawabnya.
Ibu dan Ayah telah pergi menghadap ilahi
Yatim sejak 6 tahun umurnya.
Maaf dik abang tak sengaja.
Banyak jugak yang aku lihat di sana, ragam manusia macam kita.
Bas dah sampai.
No comments:
Post a Comment