Saturday, April 5, 2008

Rasa

Suka bercerita tentang rasa
Ada yang gelarnya perasaan
Sedih Rindu Suka Tenang
Antara rasa yang sering berbaur di benak kini
Pernah juga aku ungkapkan bait-bait lagu
Untuk didengkan pada rasa
Tajuknya “Pergilah Rasa’’
Tanpa sedar ramai kita yang berharap agar sesuatu perasaan tu hilang bagai dicita
Kita nak petik jari sahaja “nah hilanglah kau rasa” “berambuslah kau rasa”
Antara monolog jiwa yang mahu buang segala yang pedih sedih jerih
Ada apa dengan rasa
Rasa Cinta
Jika bertahun dia ada tiada gunanya
Sekelip mata boleh hilang
Manusia ramai begitu Mudah hilang pertimbangan dalam menilai
Tak fikir jiwa yang merana
Pentingkan diri sendiri Lupa pada janji dulu menggunung tinggi
Konon nyawa sanggup dipertaruh
Hidup mati bersama jadi janji
Bila Sang Gelap datang bermesra
Bila Si Hitam datang bermanja
Semua kitab janji hangus dibakar
Rasa yang bertahun disemai dalam jiwa umpama tiada harga
Jangan disalahkan Jauh, Jauh tak salah. Yang salah Nafsu.
Jika rasa itu suci Jauh bukan penghalang
Jauh membuahkan rindu

Sudahlah
kini tiada guna semuanya
Rasa memang begitu kadang-kadang suka menipu manusia
Tapi rasa juga yang menyatukan kita semua
Rasa sayang yang buat kita semua berpijak di bumi
Tak apalah Rasa, aku hanya meluah apa yang tidak terungkap di bibir
Aku sedikit tidak berdendam pada Rasa mahupun sesiapa
Kerna Rasa itu juga anugerah Tuhan bukan?
Aku hargai setiap rasa yang aku ada sekarang
Nyaman Tenang Bahagia Sayang
Kenyang Malu Rindu Comel Seronok
Semua itu rasa yang menambat jiwa bukan
Kenapa perlu difikirkan Rasa negatif lain
Nyanyikanlah lagu Rasa Sayang hei
Dendangkan lirik bahagia
Moga semuanya tenang.

1 comment:

cha said...
This comment has been removed by the author.