Manusia kadangkala umpama kabus
Yang segala tindak tanduknya dalam tanda tanya
Hari ini lain esok pula cerita sebaliknya
Fiil fiil manusia yan kadang menjengkelkan ada dimana-mana
Mungkin diri sendiri tidak sedar
Diri dihakimi diri dinilai
Dari segenap bucu oleh manusia lain
Bidalan kata
Kerna mulut badan binasa,
Tapi semua kita sama, lidah enak bebicara,tanpa memikir
Halus dan Kasar bunyinya
Manis atau Kelat tuturnya

Tidakkan bisu jika berdiam diri
Berfikir sebelum terzahir niatnya satu kewajiban
Jangan jadi umpama si anak kecil yang baru belajar berkata-kata
Semua hendak dingomelkan, semuanya kata orang mahu disampuk
Sekadar mengingatkan diri berpesan pada kiri kanan
Kerna mulut badan binasa bukan?

Semalam 18hb Mac,Pak Lah kita menyenaraikan nama-nama angota kabinet bagi penggal baru.Beberapa nama baru tercalon dan ada orang lama yang gagal mendapat tempat. Antara yang menarik seperti diketahui umum Samy Vellu kita tak jadi menteri Kerjaraya dah,bagus juga tu, yang ganti dia seorang Ir,yang pasti lebih arif dalam meningkatkan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur ,dan yang mengejutkan Rafidah Aziz tak tersenarai. Menarik melihat gelagat wakil rakyat,dari pak pak menteri hingga ke menantu PM kita (katanya kini bekas menantu). Harapan aku agar semua janji-janji serta manifesto yang sebelum ini ditabur dilunaskan. Tak kiralah dari pihak BA mahupun Kerajaan, nak tak nak mereka perlu menggalas kepercayaan yang telah disuarakan oleh rakyat. Buangkan benci,lenyapkan api dengki, hapuskan sikap mementing diri tapi suburkan jiwa pemimpin yang berkerja untuk rakyat.
Aku bukanla seorang yang bijak berbicara tentang politik jauh sekali menganalisis.Dan tidak juga menjadi penyokong kuat mana-mana parti yang bertanding,bagi aku yang terbaik layak berada diatas. Aku berminat melihat senario serta drama dalam politik di Malaysia sekarang ni, antara lain aku rasa memang patut aku ambil tahu pasal politik dan kerajaan ni, tak banyak, ciput pun jadila. Takdelah aku diam membongok bila orang sekeliling cakap pasal itu ini tentang politik.