Friday, March 21, 2008

Nanti Ku Lena


Malam larut subuh hampir
Mata segar menanti katup
Biarku rangkap menzahirkan tersirat

Kerna nanti bila ku lena
Tiada lagi gelodak rasa
Tiada lagi kecewa
Tiada lagi mengenang dikenang sesiapa

Nanti bila ku lena
Tiada nyawa ku rasa
Tiada siapa bersama
Mungkin mimpi bersua di alam maya

Nanti bila ku lena
Mahu Ibu,ayah,adik,akak,nenek,atuk
Tahu ada anaknya,ada adiknya,abangnya dan cucu nakalnya
Sedang merindu sedang mencintai semua mereka

Dan nanti bila ku lena
Jiwa roh menerawang entah kemana
Hanya jasad terkujur di tempat beradu
Tiada lagi ketawa tiada lagi kata-kata
Mungkin dengusan tak tenteram jiwa jadi irama

Tahu tak, nanti bila ku lena
Entah nyawa dikandung badan
Atau nyawa bakal dikandung tanah

Nanti bila ku lena
harap segalanya kan tenang
harap tiada aral melintang
harap tiada yang sengsara
harap semua makhluk bahagia
moga hilang segala gusar
moga hilang benci diganti suka

moga bila pagi ku terjaga berkata
“syukur padaNya”.

Akim-21 MAC 2008
4.51AM

No comments: