Wednesday, May 28, 2008
PERHENTIAN
Malam 12/5 kami sempat meeting dulu, sebab ada banyak masalah timbul,perancangan kami mungkin dibatalkan, ada yang terpaksa cancel saat akhir.
Aku, Kodan, Amir, Joe-Lock,Jamal,Fifi dan Jahi nekad untuk pergi juga walau ada aral melintang, Kesian pada Baywalk tak dapat bersama kami.
Pulau Perhentian destinasi kami.
Perjalanan kami bermula pada awal pagi 14/5, Rabu. Jam 1 pagi bas kami bertolak dari Terminal Makmur menuju ke Jerteh, dalam bas memang semua muka excited habis, aku pun sama, tak dapat tidur masa dalam bas, macam tak sangka dapat juga aku bersama dengan teman-teman sepermainan lari jauh dari semua kegusaran.
Kami bertuah sebab pak cik bas tu sudi hantar kami terus ke Jeti Kuala Besut,jam 6 pagi kami sampai. Sarapan dulu dekat kedai kopi tepi jeti tu. Ramai pelancong dari luar juga bersama kami hirup udara segar pagi sambil ditiup bayu nyaman dari pantai. Kelibat melayu tak nampak pula, yang ada ramai Omputih dan amoi-amoi. Aku menikmati teh tarik dan telur separuh masak, manyak sedap oo. Epul dan Che' Ku, pemandu pelancong kami,mereka budak pulau, masih tak kelihatan.
Tepat jam 10 pagi bot kami menuju ke Perhentian, laut tenang, 'ombak tak jahat', sememangnya sekarang adalah musim yang tepat untuk ke pulau-pulau, lagi-lagi bulan 6 nanti adalah musim mencandat sotong di Terengganu,pasti meriah. Kebiruan air laut memang memukau, sorak-sorai gembira suara kami ber-7 melawan bunyi deruan enjin bot, 'duduk molek-molek', kata abang bot tu,lihatkan kami yang galak bergambar.
Jernih kehijauan,bukan biru lagi air laut, kami semakin mendekati pesisir pantai Perhentian Besar, terumbu karang, ikan yang berwarna-warni, menyambut kami, ''sabar ikan, nanti kita berenang sama-sama yea".
Aku seperti biasa yang paling selok memang tak sabar, awal-awal dah campak baju terkinja di pantai, aku yang plan nak kesini, jadi tak pelik bukan aku paling selok. yebedabeduuu!
Hari ni kami habiskan masa dipantai, macam-macam kami buat, dari snorkelling depan chalet, berkayak, hingga ke bola sepak. Seronok bukan kepalang.
Hari kedua, aku bangun awal, subuh lagi dah berlari ke pantai, nak tengok Matahari beri sapaan cahayanya pada hari yang indah ni. Pagi-pagi lagi dah terjun ke laut!!
Sarapan pagi kami hari ni, nasi lemak,uish gila sedap. Semua makan puas-puas, penat berenang tadi, tapi masih tak puas, jadi lepas ni kami akan Snor-keling. Che-Ku bawa kami ke 4 spot utama untuk snorkelling. Indah sungguh dasar laut, Terumbu karang yang masih cantik,asyik bila ikan warna-warni berenang bersama kami.Susah nak gambar dengan menaip sahaja. Destinasi akhir kami, Shark-point.
Terumbu disini paling indah,bagai belum terusik,tapi disini ada jerung,aku bertuah dapat melihat jerung, gila cuak kali pertama nampak, takdelah besar sangat, tapi gentar juga,bila fikir kan yang jerung ni tak boleh bau darah. Kali kedua aku terlihat jerung,aku terus timbul di permukaan nak panggil kawan-kawan lain.TAPI,semua dah atas bot! aku sorang tinggal di air,bot pulak jauh dari aku,terus aku panjat atas batu. Kawan-kawan semua gelak kan aku bila aku panggil bot suruh ambil aku, sebab ada pakcik disitu cakap jangan berenang sorang-sorang dekat Shark-Point.Siot punya kawan.Jadi bahan lawak aku 1 hari.heheh. Tak pe, harini aku memang puas dapat terjun freestyle di laut dalam.Pewitt!
Malam ni,awal-awal lagi kami dijamu,barbeque! Gila makan tak hengat, makan penuh lahap,dengan ikan sotong, ayam entah dari mana datang semua dibalun,fuhh bapak sedapnya.
Muka semua dah mcm anak Mamak dah, siang tadi berjemur,kononnya nak kulit ala-ala Omputih-hawaii, lupa aku melayu.
Larut malam,malam terakhir, sambil lepak minum di pantai, menghadap laut malam yang tenang, langit berbintang terang Kodan,Jamal,Fifi,Joe-lock,Jahi,Amir dan aku, bertukar cerita,lama tak meluang masa bersama,aish lain macam bunyi dah ni,heh.
Langit berbintang terang
Bulan jadi teman setia sepanjang malam.
Lihat kami 7 sekawan bergelak tawa,
Bertepuk bertampar, bertumbuk bertendang
Bumi bagai berhenti berputar.
Bertukar cerita indah dulu kala duka dilupa
Kenangkan zaman sekolah yang tak mungkin berulang.
Apabila semua terlena,mata terkatup
Di perhentian sementara ini
Kawan,teman,sahabat,harap selamanya.
Hari pulang.,,selesai sarapan, sempat juga terjun ke laut, berlari ke jeti untuk bergambar dan berbaring di pasir yang putih. Menikmati sisa-sisa masa di salah satu ruang zarah kecil di syurga. Perjalanan pulang, semua diam dalam bot, walau di rupa nampak senyuman tapi masih terpancar di wajah setiap muka teman-teman aku, muka tak puas, tak puas menikmati keindahan yang Maha Agung. Kami rancang untuk ke sini lagi atau mungkin ke Sipadan. Amin. Yang penting Syukur segalanya selamat dan semua ceria. ..Pulau Perhentian.
Tuesday, May 27, 2008
Mak Lenala
Atuk,Mek,Izham sepupu kecilku semua nyenyak. Meriah rumah aku 2-3 hari ni,atuk mek dan izham ada bertandang.
Izham celotehnya tak sudah,larinya tak pernah perlahan,budak-budak kata aku,atuk selalu suruh izham duk diam, mustahil, dia diam hanya bila lena. Ibunya pergi sejak azali tika melahirkannya.
Tapi ibuku kenapa kau terjaga dari lena
Kenapa Diam sahaja
Diam memikirkan tentang esok.
Diam mengenang atuk sakit.
Diam mengenang nasib keluarga.
Diam memikir anak-anakmu akan jadi apa.
Diam memikirkan mencari wang sara untuk kami semua.
Diam mendoakan kesejahteraan kita.
"diam lah mak, mak lenala, esok pasti kan baik-baik sahaja''
Ibu, memang jasa dan pengorbanannya tak mampu dibalas bukan.
Sunday, May 25, 2008
Bagai 1 Ruang Zarah Kecil di Syurga
Selamat Pagi! Its been a few month i didnt really sleep 'tenang-tenang' on my bed like last nite. Back in HipocrCity i was haunted by these dreams everytime i close my eyes at nite,the dreams that make me feel wanna tell to those who wont trust.Now I'm free, I've done what im suppose to do earlier,im not sure why i let myself fell into it. I feel like testing the water, its neither cold nor warm,but it burns me. God grant me the serenity,to accept the things I cannot change,the courage to change the things i can,and the wisdom to know the truth.
Im waiting for my auntie to be ready,we are going to KL this morning, i juz reach kuantan yesterday but both of us miss Izham,5, really much, he's juz so innocent.We plan to bring 'Jaam' to Kuantan. Away from the hustle bustle. ''chalo beteh kahona!"
Aku Sendal Mata dengan kayu
kehulu kehilir, ada tujuan.
Kita tak akan tahu dengan siapa kita akan bertembung harini, kadang kalaa, kita tak sang siapa akan duduk disebelah kiri atau kanan kita pada esok hari. Aku belajar sesuatu, benar kita perlu pasangkan niat sebelum melangkah keluar kemana-mana,aku yakin setelah banyak perkara luar dugaan terjadi, jika niat keranaNya mungkin kita bertemu sesuatu istimewa untuk kita pada hari kita menuju ke destinasi. Aku percaya,tawakal.
Lama tak menaip kekok jari tekan papan ni. Aku tak melihat skrin ni,terus taip dan taip.pasti banyak silap,sengaja tak tengok,nanti aku tenung skirin lama-lama jadi ngantuk.dah malam.
Aku tak sangka bertemu seoarng byang ditakdir kan bertemu untuk aku hari tu,bukan wanita, banyak kali aku fikir perlu aku bercerita pada pada rakan terdekat tentang pagi tu. Bagaimana orang tak disangka duduk disebelah aku hanya beberapa minit mengubah persepsi aku pada dunia, dia sendiri berkta "Tuhan takdir kita jumpa hari ini," tapi dalam bahasa omputih,,dgn muka berseri,walau umur libih sepauh abad dia mulakan perbualan dengan penuh hikmah. tak sangka jawapan 4 kerat perkataan aku buat perbualan kami jadi penuh himah.Dia umpama sufi. Dia bukan dari sini,dari dunia sana, penuh ilmu, masih segar dekat otak aku rupanya yang berjambang kemas putih beruban. Cuba berharap dapat bertemu dia esok harinya,tiada,aku lupa setiap hari adalah berbeza. Aku yakin setiap kita ditakdirkan berjumpa setiap makhluk tuhan itu, kita semua jalani hidup berbeza, semua tak akan sama,tapi kita tetap diadili dengan sama rata.
DIA yang Maha Mengetahui. Aku belajar dari Si Tua yang penat "let them go over a round path, they will learn".Kuatkan aku Tuhan. Lena dulu, esok nak ke hilir.
Akuanku
yang bahasa omputih ni apa aku tulis akhir tahun lepas,baru aku jumpa balik lepas bapak lamanye tak bukak pc aku yang rosak ni,tak sangka jumpa,tak ingat tarikh dan harinya,,english trabur, grammar hancur.tapi tu bukan apa aku nak sampaikan.
Finally, Mr.Karma spotted me, im ready to face it, cuz im willing at stake to know what lies beneath my heart.
Right, i happen dishonest, but its all happen after I become truth to myself and being honest to everyone,nobody understand. Sometimes,there are matter that cant be expressed by words.
Words are only words.
Hope to be like the sun, watching with silence while the rainbow smile to the people who look at her.
And after the rainbow gone with the twilight ill be missing all the rainbow's beautiful colours.
be well rainbow.
Niat, mudah disalah erti
Rasa, mudah buat binasa
Nafsu, tak terkawal, bagai teguk air laut, dahaga yang tak akan hilang.
'bukankah manusia bodoh itu adalah manusia yang masukkan tangan dalam lubang hitam itu,sedang dia tahu ada ular berbisa sedang menanti mangsanya,walau pernah dipatuk dia masih julurkan tangan nya,nak rasa pedihnya'.
Wednesday, May 7, 2008
Semua Tak Same
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, aku sedar, bila dah dapat gading bertuah esok lusa dah tiada guna lagi,manusia tak pernah puas. Senyumlah dengan apa dalam tangan mungkin esok tiada dalam genggaman. Walau kadangkala tanah itu berbukit,berbatu tajam,berumput hijau dan berlumpur likat teruskanlah, cekalkan kaki berpijak pada bumi yang nyata.
Sunday, May 4, 2008
Hati hATI JiWA jiWA tABaH
Jejak sahaja kaki di RALK,anak-anak kecil menyambut dengan mesra, Bersalam dengan penuh hormat. Setiap tangan kecil yang kujabat aku genggam erat, tanda aku juga gembira bertemu mereka.Bukan aku seorang,aku bersama dengan yang lain,bersama mencurah kasih pada yang perlu, walau sekejap.
Rumah Amal Limpahan Kasih,Sri Aman,Puchong,tempat mereka dibawah lindunganNya menumpang berteduh. Yang bertuah pergi berziarah.
Riang gembira,bersepak terajang bersama senasib
Setiap jiwa ada cerita naya,setiap tubuh ada deritanya
Pikuk saja ku dengar,mereka girang
Siti si petah berkata,
Rejal nakal tampaknya, lidah alir bila mengaji
Amirul,bijak laksana,ayah telah pergi menghadapNya
kisahnya,aku terasa aku amat bertuah rupanya selama ni.
derita itu satu rahmat.
Terima kasih Muha.Mereka semua tabah, aku sendiri lemah tak seperti mereka.
”Mirul abang tak boleh tolong buat kerja skolah mirul,nanti cikgu tahu,marah”
”takpe bang,Allah dah tahu, Allah nampak abang buatkan, Allah tahu semua,
Sungguh, suci jiwa mereka.