Wednesday, May 7, 2008

Semua Tak Same

Gelodak jiwa mahu mengeluh sakan,tapi bila difikir pasti semua yang terjadi ada lah takdir untuk setiap jiwa yang ditiupkan roh. Tuhan dah takdirkan sesuatu untuk kita dalam hidup kita ni, mana mungkin nasib manusia ni semua sama. Jika sama, tiada la rencah dalam resepi hidup ni, tiada lah keseronokan melayari hidup hari-hari jika semua orang ada nasib sama. Kau pakai barang mewah aku pakai barang branded,kau bergaya dengan amoi chantek aku bergaya dengan perempuan menawan, kau mampu ke langit atas aku mampu lepasi kumulunimbus, ishk lama-lama tak tahu mana seronok, semua orang sama,nanti macam mana kita nak menilai diri masing-masing jika kita sentiasa pada aras yang sama, setiap kita lalui perkara yang berbeza. Mungkin kita cuba untuk ikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, tapi akhirnya pasti hujung jalannyanya berbeza,bergantung pada usaha jugak.
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, aku sedar, bila dah dapat gading bertuah esok lusa dah tiada guna lagi,manusia tak pernah puas. Senyumlah dengan apa dalam tangan mungkin esok tiada dalam genggaman. Walau kadangkala tanah itu berbukit,berbatu tajam,berumput hijau dan berlumpur likat teruskanlah, cekalkan kaki berpijak pada bumi yang nyata.

No comments: