Wednesday, May 28, 2008

PERHENTIAN

Dah lama kami semua rancang nak bercuti sama-sama di pulau, dari zaman sekolah lagi, masa lepak-lepak lepas tuisyen dulu selalu jugak borak pasal ke pulau,aku pulak memang pantang jumpa laut, Kami dah selalu ke TC @ Teluk Cempedak, boleh kata hari-hari dulu, siang malam, jadi memang ke pulau satu tempat kami idamkan.

Malam 12/5 kami sempat meeting dulu, sebab ada banyak masalah timbul,perancangan kami mungkin dibatalkan, ada yang terpaksa cancel saat akhir.
Aku, Kodan, Amir, Joe-Lock,Jamal,Fifi dan Jahi nekad untuk pergi juga walau ada aral melintang, Kesian pada Baywalk tak dapat bersama kami.

Pulau Perhentian destinasi kami.

Perjalanan kami bermula pada awal pagi 14/5, Rabu. Jam 1 pagi bas kami bertolak dari Terminal Makmur menuju ke Jerteh, dalam bas memang semua muka excited habis, aku pun sama, tak dapat tidur masa dalam bas, macam tak sangka dapat juga aku bersama dengan teman-teman sepermainan lari jauh dari semua kegusaran.
Kami bertuah sebab pak cik bas tu sudi hantar kami terus ke Jeti Kuala Besut,jam 6 pagi kami sampai. Sarapan dulu dekat kedai kopi tepi jeti tu. Ramai pelancong dari luar juga bersama kami hirup udara segar pagi sambil ditiup bayu nyaman dari pantai. Kelibat melayu tak nampak pula, yang ada ramai Omputih dan amoi-amoi. Aku menikmati teh tarik dan telur separuh masak, manyak sedap oo. Epul dan Che' Ku, pemandu pelancong kami,mereka budak pulau, masih tak kelihatan.

Tepat jam 10 pagi bot kami menuju ke Perhentian, laut tenang, 'ombak tak jahat', sememangnya sekarang adalah musim yang tepat untuk ke pulau-pulau, lagi-lagi bulan 6 nanti adalah musim mencandat sotong di Terengganu,pasti meriah. Kebiruan air laut memang memukau, sorak-sorai gembira suara kami ber-7 melawan bunyi deruan enjin bot, 'duduk molek-molek', kata abang bot tu,lihatkan kami yang galak bergambar.

Jernih kehijauan,bukan biru lagi air laut, kami semakin mendekati pesisir pantai Perhentian Besar, terumbu karang, ikan yang berwarna-warni, menyambut kami, ''sabar ikan, nanti kita berenang sama-sama yea".

Aku seperti biasa yang paling selok memang tak sabar, awal-awal dah campak baju terkinja di pantai, aku yang plan nak kesini, jadi tak pelik bukan aku paling selok. yebedabeduuu!

Hari ni kami habiskan masa dipantai, macam-macam kami buat, dari snorkelling depan chalet, berkayak, hingga ke bola sepak. Seronok bukan kepalang.

Hari kedua, aku bangun awal, subuh lagi dah berlari ke pantai, nak tengok Matahari beri sapaan cahayanya pada hari yang indah ni. Pagi-pagi lagi dah terjun ke laut!!
Sarapan pagi kami hari ni, nasi lemak,uish gila sedap. Semua makan puas-puas, penat berenang tadi, tapi masih tak puas, jadi lepas ni kami akan Snor-keling. Che-Ku bawa kami ke 4 spot utama untuk snorkelling. Indah sungguh dasar laut, Terumbu karang yang masih cantik,asyik bila ikan warna-warni berenang bersama kami.Susah nak gambar dengan menaip sahaja. Destinasi akhir kami, Shark-point.

Terumbu disini paling indah,bagai belum terusik,tapi disini ada jerung,aku bertuah dapat melihat jerung, gila cuak kali pertama nampak, takdelah besar sangat, tapi gentar juga,bila fikir kan yang jerung ni tak boleh bau darah. Kali kedua aku terlihat jerung,aku terus timbul di permukaan nak panggil kawan-kawan lain.TAPI,semua dah atas bot! aku sorang tinggal di air,bot pulak jauh dari aku,terus aku panjat atas batu. Kawan-kawan semua gelak kan aku bila aku panggil bot suruh ambil aku, sebab ada pakcik disitu cakap jangan berenang sorang-sorang dekat Shark-Point.Siot punya kawan.Jadi bahan lawak aku 1 hari.heheh. Tak pe, harini aku memang puas dapat terjun freestyle di laut dalam.Pewitt!

Malam ni,awal-awal lagi kami dijamu,barbeque! Gila makan tak hengat, makan penuh lahap,dengan ikan sotong, ayam entah dari mana datang semua dibalun,fuhh bapak sedapnya.
Muka semua dah mcm anak Mamak dah, siang tadi berjemur,kononnya nak kulit ala-ala Omputih-hawaii, lupa aku melayu.

Larut malam,malam terakhir, sambil lepak minum di pantai, menghadap laut malam yang tenang, langit berbintang terang Kodan,Jamal,Fifi,Joe-lock,Jahi,Amir dan aku, bertukar cerita,lama tak meluang masa bersama,aish lain macam bunyi dah ni,heh.
Langit berbintang terang
Bulan jadi teman setia sepanjang malam.
Lihat kami 7 sekawan bergelak tawa,
Bertepuk bertampar, bertumbuk bertendang
Bumi bagai berhenti berputar.
Bertukar cerita indah dulu kala duka dilupa
Kenangkan zaman sekolah yang tak mungkin berulang.
Apabila semua terlena,mata terkatup
Di perhentian sementara ini
Kawan,teman,sahabat,harap selamanya.

Hari pulang.,,selesai sarapan, sempat juga terjun ke laut, berlari ke jeti untuk bergambar dan berbaring di pasir yang putih. Menikmati sisa-sisa masa di salah satu ruang zarah kecil di syurga. Perjalanan pulang, semua diam dalam bot, walau di rupa nampak senyuman tapi masih terpancar di wajah setiap muka teman-teman aku, muka tak puas, tak puas menikmati keindahan yang Maha Agung. Kami rancang untuk ke sini lagi atau mungkin ke Sipadan. Amin. Yang penting Syukur segalanya selamat dan semua ceria. ..Pulau Perhentian.





4 comments:

Junaidi Asmara said...

pergh!!
gila best!

mOEha Aziz said...

uish... seronok tu..

pulau perhentian... :)

SarahSevier said...

bestnyerr!!
musim candat sotong kang pegi laa...pegi laa..pegi laaa...

best wooo...

NaDd A. said...

i so think we were there at d same time! but we didn't stay at d same side of d paradise.. i was facing perhentian kecil.. anyways, it'll forever be my paradise! wanna go again? ;)