Sunday, May 4, 2008

Hati hATI JiWA jiWA tABaH

Jejak sahaja kaki di RALK,anak-anak kecil menyambut dengan mesra, Bersalam dengan penuh hormat. Setiap tangan kecil yang kujabat aku genggam erat, tanda aku juga gembira bertemu mereka.Bukan aku seorang,aku bersama dengan yang lain,bersama mencurah kasih pada yang perlu, walau sekejap.

Rumah Amal Limpahan Kasih,Sri Aman,Puchong,tempat mereka dibawah lindunganNya menumpang berteduh. Yang bertuah pergi berziarah.

Berlari-lari sentiasa,penat tiada, tidak kisah pada dunia
Riang gembira,bersepak terajang bersama senasib
Setiap jiwa ada cerita naya,setiap tubuh ada deritanya
Pikuk saja ku dengar,mereka girang
Siti si petah berkata,

Rejal nakal tampaknya, lidah alir bila mengaji
Amirul,bijak laksana,ayah telah pergi menghadapNya

Mereka semua ada cerita sendiri,sikit pun mereka tidak meminta dibelai manja, sedikit pun tidak terlintas untuk mengadu cerita nasib derita.Yang mereka sayang telah pergi menghadap ilahi, ada yang ditinggalkan,ada yang tak dapat lihat ibu bapa sejak azali.

Muha antara yang sempat aku kenal,penuh anugerah, menghidap kanser, tapi dia amat positif orangnya,aku amat bertuah dapat borak dengan dia,banyak cerita dikongsi bersama,bila dengar
kisahnya,aku terasa aku amat bertuah rupanya selama ni.
derita itu satu rahmat
.
Terima kasih Muha.
Mereka semua tabah, aku sendiri lemah tak seperti mereka.

”Mirul abang tak boleh tolong buat kerja skolah mirul,nanti cikgu tahu,marah”
”takpe bang,Allah dah tahu, Allah nampak abang buatkan, Allah tahu semua,tolongla mirul”

Sungguh, suci jiwa mereka.





1 comment:

mOEha Aziz said...

salam akim,

teima kasih buat akim sebenarnya.. memberi satu lagi corak baru di atas kanvas idup ini...