Friday, August 15, 2008

Nisfu Histeria - Bukan direktoR Ahmad Nisfu

''Budak tu cakap ada nenek tua datang pastu ada lembaga hitam datang pastu terus dia tak ingat ape-ape'',antara cerita yang keluar dari mulut adik aku tadi, apa yang berlaku di sebuah sekolah di kuantan ni,patutla dia macam bertambah takut sekarang.
Bait lagu kanak-kanak ni bermain di otak aku sekarang, "nenek-nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga mencari cucu di mana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja".

Jadi nak aku kaitkan di sini dengan beberapa kes histeria dilaporkan diseluruh negara sepanjang bulan lalu hingga hari ini,antaranya yang berlaku di sekolah berasrama penuh di Perak,Negri Sembilan,Selangor,Sarawak dan negeri aku sendiri Pahang. Ada antara kes tersebut dilaporkan serentak di berlainan tempat, di Kuantan minggu lalu lebih 35 pelajar SK Tanjung Lumpur bercuti lebih awal bagi memulihkan semangat mereka yang diserang histeria. Setiap hari bermula minggu lepas pasti ada kes pelajar yang melolong dan meracau tak tentu hala di sekolah tersebut,tak kurang juga yang jatuh rebah,hingga ada satu masa lebih 21 pelajar diserang serentak. Sekarang Ulama disetiap negeri ditugaskan "merawat" sekolah yang teruk diserang histeria,termasuk juga Ketua Agama setiap negeri. Ingat pulak aku kes awal tahun ini dekat Dungun,sampai 200 pelajar kena sekaligus.
Ada pihak beranggapan ini semua gangguan psikologi dan ada beranggapan gangguan makhluk halus.Wallahualam. Oh yea, Bagaimana pulak yang meracau tak tentu arah dekat kelabing tu?.

Tapi aku jadi kurang pelik dengan semua ni bila teringatkan kolej aku, kadang-kadang satu kolej kena histeria.


Hari ini 15hb 8 bukan? jadi sama dengan 13 syaaban, bermakna esok adalah nisfu syaaban, esok baru orang panggil ''bukak buku baru"!
Hari nisfu sya'aban adalah hari buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Malam nisfu syaaban juga antara malam yang mulia dan penuh berkat selepas malam Lailatul Qadr,(bukan malam untuk bersama dgn Laila anak Tok Kadar!) Jadi catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).Aku dah macam Ustaz Akhil Khay dah ni. Jadi KRS ku... esok malam tenang-tenang sudah,jangan nakal-nakal. Say no to Sex,Drug,Alcohol and..Hysteria.
......................................................................................................................................................................

Hujan disini,sejuk ke isi
Ketawa riang bersama taulan
Hirup Teh Tarik uhhh sedap sekali
Apa katanya? Mai Sechewan?

Bertiup kencang bagai nak kiamat,
Dentum guruh bagai segalanya tamat
Hati gemuruh mengikut firasat
Mangenangkan nasib di titi sirat.

Salam Lena Dunia,,Yang Maha Agung,Ampun.

1 comment:

zesty 'pixie' akhtar said...

lepas baca, cubaikhlas terfikir, mcm mana rupanya buku catitan amalannya?.. hrp bisa usaha keras utk buku baru.. InsyaAllah..
terima kasih, kisahrasa. ^_^
(p/s:bljr benda baru stiap hari)