Thursday, August 21, 2008

Jika Tenang,Senyumlah: )

Apa nak mulakan masa mula menaip aku cukup susah nak fikir, jadi aku tulis apa yang terdetik di hati masa nak menulis jadi tak perlu aku berfikir panjang sangat,jadi apa di hati terzahir di ruang ini. Ini, yang sedang dibaca ni. Ruang ini sememangnya sudah aku namakan kisah rasa ..truth divulge.,,, bermakna cerita tentang rasa bebas dilaungkan tuan empunya jasad disini.
Ingin juga aku bercakap tentang banyak perkara yang tak memuaskan hati,ekonomi,politik dan isu-isu semasa,tapi dek kerana terlalu geram,tak mahu aku terus layan perasaan marah. Contoh pasal mamat ini yang cukup biadap membicarakan tentang Islam dan Melayu. Ini ruang tenang, Jangan marah,Jujur.

Ada mereka yang bersikap invisible dan ada yang visible, ada kawan aku yang sukar untuk meluah rasa, dia terlalu pendam setiap rasa, bila dicucuk dipancing dengan soalan terbongkar segalanya, tapi dia lega bila dapat meluah apa terbuku. Yang pahit kelat walau sukar nak ditelan terpaksa juga ditelan, adat kita,manusia. Tepuklah dada,tanyalah rasa.

Ini berita gembira,aku ada post entri tentang pakcik aku,Rani, yang dulu ada ambil anak angkat. Beberapa hari lepas aku dapat berita kenaikan pangkat dan dia akan ke Madrid,Sepanyol dan insyallah berpindah kesana bersama anak-anaknya,untung sepupu baru aku. Bukan aku nak kata jika ambil anak angkat dapat ke Spain, tapi rezeki anak yatim siapa tahu.

Jadi tak lupa buat semua Masscomers yang berhempas pulas untuk menjayakan MPG 2008 teruskan usaha mulia,DIA mungkin tak membalas hari ini,esok lusa siapa tahu. Buat suara yang lebih selesa mengkritik sumbang teruskan menunjukan kedaifan mentaliti. Bak burung kakak tua berkata-kata, bila penat diamlah. Yang berusaha pasti akan tenang di kemudian hari. Senyumlah.

Kadang berjenaka,kadang berpuisi
Niat dihati, meregang tegang sendi
Bukan sinis sekadar meluah rasa,
Kadang terubat,terkeluar bisa

Insan biasa, nukilan si hamba durja
Si penulis meluah jiwa,itulah Kisah Rasa.
........................................................................................................................................................................
Ini adalah do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) *Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri *Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Cuba bayangkan yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Puasa pun dah tak lama kan. Sekejap masa berlalu.
Minta maaf kawan rakan sahabat aku. Niat jahat tiada, sekadar manusia biasa.
Tak boleh lari dari silap.

Salam Lena Semua.
Yang Maha Tercinta. Ampun.

2 comments:

Ridy Anwar said...

Sama la
aku pon nak minta maaf kalau ada salah dengan ko =)

cha said...

cha pun sama ngan ridy.
niat jahat tiada,
sekadar manusia biasa.

jaga diri wahai sahabat.
:)