Tuesday, September 23, 2008

Siji Loro Telu Lekuk

Pejam celik pejam celik telah masuk 10 malam terakhir Ramadhan,ada antara kita pasti berlumba melipatgandakan amalan terhadapNya, mencari Lailatulqadar malam seribu bulan.Tak kurang juga yang berpusu-pusu melipatgandakan membeli-belah di kedai Laila@Kamdar,persediaan menyambut 1 Syawal,hari kemenangan setelah sebulan bertarung melawan nafsu yang meronta. Moga amalan kita diterimanya.

Pertama kali. Perkara pertama kali yang berlaku selalunya amat seronok.Dan yang pertama memang susah nak dilupakan selamanya. Aku dulu masa mula masuk belajar di Shah Alam seronok untuk balik kampung sebab aku dapat menapak kaki di KL, dengan beg besar digalas jalan-jalan dekat area KL habis diredah, mana taknya budak dari bandar kecil masuk bandar besar kononnya,lagak ala-ala backpacker,tapi seronok dapat lihat macam-macam ragam manusia, dari stesen Putra Masjid Jamek ke Pudu, jalan paling menarik,semua manusia macam aku bergegas ke tempat tujuan masing-masing,kadang berborak dengan mamat Indonesia,Myanmar dan Bangladesh,cuma wanita Uzbek tak jumpa dulu.

Perkara kecil tetapi susah untuk dihargai bila kali kedua,seronok kali pertama. Wet World Shah Alam dulu pertama kali aku masuk darjah lima,seronok bukan main,bulan puasa pulak tu, sanggup menikmati air kolam yang enak dicampur berbagai bangsa dan budaya di waktu siang Ramadhan,pertama kali pergi taman tema air,seronok. Kalau sekarang mahu digelaknya oleh kawan-kawan aku,Mereka lalu tepi jalan Seksyen 2 tu pun mungkin boleh nampak aku duk berkubang macam kerbau balau.Tak mahu aku.

Mula-mula naik kapal terbang pun macam tu, usaha selagi boleh nak duduk tepi tingkap,mata tak beralih dari birai,mata macam dah cecah awan,kalau boleh nak keluar kepala dekat tingkap buat macam naik kereta.kali pertama,yang kedua biasa sahaja. Pramugari pula yang jadi tatapan.

Setiap kita pasti ada pengalaman pertama yang menarik menjadi palitan sejarah dalam kehidupan. Oh tak lupa, orang yang baru berkahwin juga begitu...hmm.

Ada juga perkara pertama kali yang dulu amat sakit untuk dirasa,tetapi setelah lama baru kita dapat keseronokannya,kena rotan dengan cikgu disiplin. Sedap bukan?lagi-lagi Cikgu yang cukup hebat apabila melibas pesalah di bahagian belakang tubuh yang pejal .Lazat. Sekarang aku seronok.

Puasa juga begitu,pertama kali puasa memang seksa tapi indah dikenang, puasa seterusnya perkara biasa, meninggalkannya amat biasa. Kadang terfikir,bagaimana jika esok satu-satunya hari yang kita ada?.

Tak terlepas tentang Rasa,berbagai rasa yang pertama kali amat indah,seronok dan memang mustahil dilupakan. Tapi rasa yang pertama juga yang ajar kita jadi manusia.

Pertama juga dikaitkan dengan satu, satu juga bermakna tiada yang lain,kerana satu adalah satu-satunya yang ada.Bukan sekadar hanya menghargai yang tercinta,,tapi dalam segenap perkara jika ada perkara satu-satunya yang kita ada,jadi,wajar kita hargai,pelihara,menjaga,mencinta,tak lupa pada yang Maha Satu,kita sujud.

Aku sokong juga Pertama kali memang ada yang manis ada juga yang pahit.Hidup tak semua indah. Tak semua rencah kehidupan sedap ditelan.

Pergi dulu ,,, lusa aku perlu bertemu satu-satunya Atuk Harun dan Mek yang aku ada.
Harap dapat bergembira secukupnya pada Raya Pertama bersama mereka.

Pertama Kali disini?,sudikanlah untuk kali kedua. Salam Ramadhan.

Friday, September 19, 2008

Pi Mai Pi Mai

Puasa ke-18 - 5 ptg,Lebuhraya Persekutuan,

Kejar-kejar ke sana, ungar kemari,apa dicari memang dah pasti,cuma yang aku runsing sampai bila kita semua kan terus terkejar,berlari,hingar-bingar sana-sini,tambah pula dengan keadaan masyarakat sekarang yang sememang jelas amat ambil berat tentang kepentingan peribadi. Semua perkara dilakukan mahu in return rewards.Ikhlas,makhluk apa itu?.

Lihat sahaja di bandar besar, mahupun disetiap ibu negeri,ramai antara kita terkejar kesana kemari, aku tak nafikan masa itu emas tapi sekarang tanpa kita sedar kita dah jadikan diri sebagai hamba duit.

Semalam sempat aku bertemu dengan seorang pegawai di PNB,atas urusan mahu meminta sumbangan untuk program mpg kami selepas raya nanti. Harapan agar sedikit sebanyak dapat juga pihak mereka membantu. Nak tak nak mereka pasti mahukan sesuatu yang berbaloi untuk sumbangan mereka,bukan salah mereka,adat dunia kini.
Sempat berbicara tentang gaji pekerja disana,tinggi, aku amat bersemangat mendengar tawaran gajinya,tapi bila difikir balik cukupkah nak sara aku dan masa tua aku?. Aku bukan yang datang dari mereka yang lahir ber-ibu dan ber-bapa yang mampu beri kemewahan pada anak-anak,cukup sederhana,jadi semua usaha perlu sendiri.

Harta dan wang ringgit jelas jadi percaturan. Sukar untuk aku elak dari menjadi mereka yang berkejar kesana-kemari sampai lupa tanggungjawab khalifah muka bumi. Dugaan zaman sekarang jauh berbeza dari dulu. Ekonomi dunia jelas tak menentu, harga bahan asas makanan juga melonjak,politik di negara kita semakin berbau hangit dan tak lupa minyak menggantikan emas.Kita sememangnya di akhir zaman.

Oh, ini selingan,biasa kita dengar, aku juga sokong,sesetengah wanita sekarang lebih memandang lelaki yang berkocek kembung,bergaji besar,berkereta satu kewajipan, tak salah bukan tafsiran aku? Tipu jika wanita membantah semua itu.Aku hormat kehendak mereka yang mahukan masa depan mereka secure, bukan salah wanita juga,adat dunia. Cinta bukan boleh buat perut kenyang.

Dulu kalau lelaki itu sudah ada kerja cukup membuat hati bakal mertua tertawan.
Sekarang soalannya "kerja apa?".


Ini sekadar rasa aku semalam, saat pulang dari ibu kota.
Ramadhan tak mampu menenangkan warga Metropolitan.
Dugaan hanya untuk mereka yang kuat.
Pelan-pelan kayuh. Salam.

Sunday, September 14, 2008

Pomot 2#

"Stop racism remarks, we live in a multi-racial, multi religious country ( MLM too) but still the malays deserve to preserve what had been stated in Federal Constitution of Malaysia, we had live peacefully together under one roof for so long, why must we go back to the old days?,,peace,God bless Malaysia".
danny micah, construction worker(baju hijau tu).


Pengkhianat warga laknat - aku.


there are people who always want more
without knowing they had more than enough.

Friday, September 12, 2008

Pajeri Nenas Ayam Percik

Pajeri nenas,kari kambing dan ayam percik. Semua terhidang di depan aku, air liur aku bergenang di bawah lidah, tambah sedap lagi nampaknya bila wajah ibu terhidang didepan aku juga,dia rindu aku,aku tahu. Seawal hari lagi dia call tanya balik pukul berapa dan waktu itu juga dari jauh aku dengar bunyi sudip dan kuali berlaga,tanda ibuku sudah bersiap sedia masak untuk anak jantannya ini.

Berita hampa yang aku khabarkan,aku tertinggal bas sebenarnya,bangun awal pagi lagi tapi aku baring semula, tahu-tahu dah lewat untuk ke perhentian bas. Hasrat ibu sukar aku hampakan, aku gagahi juga ke KL,dalam panas terik, aku ke Pudu,dengan harapan dapat naik bas seawal mungkin agar dapat sampai sebelum azan maghrib.Dalam perjalanan terdetik hati seorang musafir ni untuk berbuka,dengan dugaan sekeliling aku cuba buat tak tahu saat melihat melayu baru,melayu liberal, tanpa segan malu menikmati makan petang di restoran bangsa lain.Tak mustahil ini mungkin antara mereka yang mahu kesamarataan antara kaum di Malaysia.

Perhentian Bas Kuantan 1977

Di pudu aku terus ke platform bas yang menghala ke Kuantan tanpa pergi dulu ke kaunter tiket, syukur Pak Cik Bas bagi naik. idup pemandu bas!

Dalam bas,sedang perut menahan sabar,aku cuba lena, agak susah, tambah pulak ada adik ni umur dalam 3 tahun, dengan manja dia minta ibunya membuka tin minuman, air soya. haishh air soya tuu.Sabar jela.Aku lena juga.

Aku sampai,ibu sambut,pipi ibu ku kucup mesra.Anak jantan nakal berjaya bertemunya.
Pajeri nenas,kari kambing dan ayam percik menanti di rumah.
Cerita biasa si anak muda biasa merantau di kota luar biasa. Selamat berbuka.
Pose jangan tak pose.
.........................................................................................................................................................................

Bardebat dengan hati
Berkira mahu ke kiri
Atau menjauh dari ilusi
Memang begini si makhluk ini
Hitam putih sukar di pilih
Jalan bersimpang kini di kaki

Rentak diri masih kabur
Rabun mana jamin untung
Kabur mana janji tenggelam
Asal tak mahu masa depan kelam

Nafsu direndam lemas
Hakikat digenggam kemas
........................................................................................................................................................................

Ranjau duri belumku tempuhi
Gunung Merapi impi didaki
Kata manusia ditolak tepi
Bukan mereka ku bawa mati

Few decision had been made.
Few risk had been taken.
I planned He decide. Amen


Friday, September 5, 2008

Jangan Kau Bimbang

Jangan kau bimbang
susah tak bisa meremang
bingit tak bisa menggentar
digigit alah bisa
ditikam tegal biasa
sedut bisa ludah bisa
cekal bertahan kelak bahagia

jangan kau bimbang
langit cerah tak selalu sudah
langit kelam jangan di redah
guna akal bila bermadah
ikut pesan ibu abah

jangan kau bimbang
tidur tak lena
kenyang tak dirasa
basah tidak bila mandinya
terus melangkah
tinggi melompat jika itu kehendaknya
Jangan kau bimbang

Ingat pesan Baginda utusanNya
Ingati mati sebijaknya manusia


Untuk semua.Buat aku,kau,dia, walau dimana sahaja.
Buat Yang Maha Kuasa. Aku Percaya.


Monday, September 1, 2008

Nostalgia Rasa

Raya 14 tahun lepas.

Dulu
Dapat puasa 50sen sehari
Air Kolah Santapan tengahari
Lakonan mantap sudah mesti
Waktu berbuka galak sekali

Dikejut disiram mata terkatup
Waktu sahur usah nak bangun
Berjalan ke dapur mata tertutup
Ditepuk dahi hilang mengelamun

Makan sahur sampai terlelap
Cucu terlentok bukan sekejap
Atuk melihat penuh meluap
Kesian nenek tolong suap

Curi-curi cedok pauk
Lauk sahur dibawah saji
Dari belakang disebat atuk
Rupanya dibibir tersergam nasi

Bila berbuka depan sekali
Ayam golek digenggam gagah
Susu soya sudah tersaji
Menunggu bilal melaung kalimah

Alhamdulillah.

Dulu
Atuk disisi
kini teman dia,
Aku disisi

Dari Kaki Langit Ramadhan

Langit Ramadhan
Indah menanti sahur.

Kata diatur
Jujur terlumur

Barang Dulu
Buat aku sentiasa ingat siapa diri
Siapa bilang usah meneroka jalan lepas
Ia Ajar,ajar jadi manusia
Buat kita tak lupa,siapa kita,

31 Ogos.Oh benar dilaungkan kalimat Merdeka
Merdeka sejauh mana merdeka kita
Melacur bahasa, tubuh,bangsa,agama
Bermain kata tuk memuas Sang Nafsu,
kau kata Anak merdeka
Diadun dengan kata nista
Demi kepentingan dunia
Punah semua harapan bangsa bila lidah bercabang dua
Lupakah diri kelak dimamah tanah

Mari dikait jiwa Merdeka.
Disulam dengan warna dari tinta kejujuran

Bangun
Hari baru.
Bulan Baru.
Semangat baru.
Jiwa terharu.
Merdeka!segalanya kuseru.

Bersaksi Langit Ramadhan 1 September.
Indah Takjub.

Buat Malaysia,tanah tumpah darahku.. Salam Merdeka 51
Buat semua saudara seagama..Salam Ramadhan.