Friday, September 19, 2008

Pi Mai Pi Mai

Puasa ke-18 - 5 ptg,Lebuhraya Persekutuan,

Kejar-kejar ke sana, ungar kemari,apa dicari memang dah pasti,cuma yang aku runsing sampai bila kita semua kan terus terkejar,berlari,hingar-bingar sana-sini,tambah pula dengan keadaan masyarakat sekarang yang sememang jelas amat ambil berat tentang kepentingan peribadi. Semua perkara dilakukan mahu in return rewards.Ikhlas,makhluk apa itu?.

Lihat sahaja di bandar besar, mahupun disetiap ibu negeri,ramai antara kita terkejar kesana kemari, aku tak nafikan masa itu emas tapi sekarang tanpa kita sedar kita dah jadikan diri sebagai hamba duit.

Semalam sempat aku bertemu dengan seorang pegawai di PNB,atas urusan mahu meminta sumbangan untuk program mpg kami selepas raya nanti. Harapan agar sedikit sebanyak dapat juga pihak mereka membantu. Nak tak nak mereka pasti mahukan sesuatu yang berbaloi untuk sumbangan mereka,bukan salah mereka,adat dunia kini.
Sempat berbicara tentang gaji pekerja disana,tinggi, aku amat bersemangat mendengar tawaran gajinya,tapi bila difikir balik cukupkah nak sara aku dan masa tua aku?. Aku bukan yang datang dari mereka yang lahir ber-ibu dan ber-bapa yang mampu beri kemewahan pada anak-anak,cukup sederhana,jadi semua usaha perlu sendiri.

Harta dan wang ringgit jelas jadi percaturan. Sukar untuk aku elak dari menjadi mereka yang berkejar kesana-kemari sampai lupa tanggungjawab khalifah muka bumi. Dugaan zaman sekarang jauh berbeza dari dulu. Ekonomi dunia jelas tak menentu, harga bahan asas makanan juga melonjak,politik di negara kita semakin berbau hangit dan tak lupa minyak menggantikan emas.Kita sememangnya di akhir zaman.

Oh, ini selingan,biasa kita dengar, aku juga sokong,sesetengah wanita sekarang lebih memandang lelaki yang berkocek kembung,bergaji besar,berkereta satu kewajipan, tak salah bukan tafsiran aku? Tipu jika wanita membantah semua itu.Aku hormat kehendak mereka yang mahukan masa depan mereka secure, bukan salah wanita juga,adat dunia. Cinta bukan boleh buat perut kenyang.

Dulu kalau lelaki itu sudah ada kerja cukup membuat hati bakal mertua tertawan.
Sekarang soalannya "kerja apa?".


Ini sekadar rasa aku semalam, saat pulang dari ibu kota.
Ramadhan tak mampu menenangkan warga Metropolitan.
Dugaan hanya untuk mereka yang kuat.
Pelan-pelan kayuh. Salam.

4 comments:

Joe Moktar said...

aku tertarik dgn selingan ko tu..ape, ko x sabar nk kawen dh ke?xpe, ko jgn risau, selagi wajah mu x mcm danny mikah tu, selagi tu potensi utk ko dpt jodoh tu luas..heeee...kimmmmmmm!!!dari kl tu g mne?dating ehh?

yb said...

kerja apa? kerja yang menjadi tanggungajawab kita selaku khalifah di muka bumi allah, iaitu menyembah Nya. dengan iktikad untuk menjadi hamba allah yang taat, nescaya kehidupan di dunia dan insyaallah di akhirat akan memperolehi keberkatan dan kejayaan. dan kalaupun tidak menjadi seperti dirancang, pasti ada kebaikan andai kita sentiasa menjadikan allah sebagai asas dalam apa juga tindakan. bukankah allah itu tidak zalim, dan kita harus menyakini setiap yang terjadi ada iktibar. yang penting - hidupku, matiku, amal ibadat dan solatku, semata-mata kerana ALLAH.

apapun - tang anak yatim tu, bolehlah kemukakan proposal, insyaallah. masih ada lagi hamba di muka bumi allah yang tidak bertuhankan material.

Hakim Nasir said...

joe moktar - aha kalau dah cukup belum sampai seru mcm kau zul!
danny mikah laku dowh,tgkla myspace dia dulu,awek hot je apply nak jadi Gf. aku dating dgn man ketak! haha

yb - nasihat yb akan diguna pakai, trima kasih bro,,tenang bila hidup mati kita hanya untuk DIA. memang harap ada yang sudi beri sumbangan.jumpa di ktn.hepi besday yb!

emi riquelmi said...

man ketak terbaek dowhh..hahah