Saturday, January 3, 2009

Dah Besor Panjang

SELAMAT TAHUN BARU 2009!


Selamat Harijadi untuk aku.
Terima kasih pada setiap kawan,teman dan sahabat yang meng-wish besday pada aku.
Dan semestinya ucapan selamat tahun baru menyusul sekali.
kata mereka, “pandai mak kau pilih tarikh”.
……………………………………………………………………………………
Aku musykil.
Bila orang tanya ini untuk harijadi aku ke berapa?. Aku lahir pada 31hb 12 tahun 1987, jadi pada 31,12,2008 bila kawan aku tanya besday yang ke berapa aku jawab 21,yang jadi masalahnya esoknya 1,1,2009 ada pakcik aku tanya lagi, ‘umur ko dah berapa kim?. Aku terdiam sekejap dan berfikir. Aku jawab 22.

Hmmm.

Do i have an issue here? Or am I just make things complicated?

Masih Ada Lagi

Sebulan tak menaip, kekok pulak.

Genap seminggu dan sebulan aku di HKL, dari wad jantung atuk di masukkan hinggalah ke wad radioterapi dan onkologi . Umur atuk ku 73, Bladder Cancer,Stage 3, tapi masih kuat berjalan walau kadangkala selalu bertanya perkara yang sama. Si setia menanti tersenyum menjawab apa sahaja ajuan soalan. Tugasku disini sebagai Tukang Teman.

Mata aku juga tak lari dari melihat jururawat yang sentiasa menguntum senyuman. Haishh…


Beberapa pesakit sempat aku kenal sepanjang di sini,yang rata-rata layak aku panggil Atok juga,berbagai latar belakang,berbagai penyakit dihidapi,dari yang biasa hinggalah ke paling kronik.

Pakcik Jaafar,aku kenal di wad 26 dimana ramai pesakit jantung ditempatkan, lihat pada saiz tubuhnya sahaja sudah pasti terasa kepayahannya menjalani kehidupan seharian, terdengar aku masa jururawat menimbang berat badannya, “140! Pakcik jaafar,kena kurang makan ni pakcik” “ala raya haji nak dekat memang sesuai la kalau nak sembelih pakcik ni”,jawabnya dalam pelat Terengganu. Ada tujuh orang anak ceritanya tapi sepanjang seminggu dia di katil depan atuk tiada seorang pun warisnya datang menjengah.

Seminggu kemudian atuk berpindah ke wad baru. Sepasang suami isteri turut berada dalam bilik sama,aku panggil mereka berdua Atok dan Nenek juga,si isteri tugasnya sama seperti aku di sini “Atok dengan nenek ni lagi dua minggu dapatla balik Muar dah kim”.katanya. Si suami juga menghidapi sakit yang sama macam atuk ku,cuma dia perlu membuang air kecil dan besar dalam kantung khas setelah satu lubang kecil ditebuk dipinggangnya. Lampin dewasa teman setia.


Setelah 2 minggu bersama mereka,berpisah juga,mudahan Atok dan Nenek tu panjang umurnya. 10 ringgit sempat mereka hulur pada aku.Rezeki.

Sunyi sekejap rasanya.

Oh. Suatu pagi tu, aku dengar ada suara meraung, bila aku keluar seorang wanita cina sedang melolong menangis. Dia tak dapat terima ibunya tenat. Barah Payudara.
Memang disini ditempatkan khas bagi pesakit-pesakit barah menjalani rawatan Radioterapi dan Kimoterapi. Berbagai bangsa dan keturunan.

Selang 2 hari pakcik Arsyad pula menjadi penghuni baru bilik aku dan atuk, Pakcik Arsyad katil 6A, atuk aku katil 6B. Umurnya 73 tahun,dekat sebaya dengan atuk aku. Jarang tersenyum, bila senyum jelas terpancar senyum orang sakit, lain macam rupanya,kesian juga aku, atuk aku yang rajin berbual kerap menegur rakan seangkatannya itu.Bladder Cancer juga. Kadang kadang pakcik Arsyad menghulur buah-buah yang dibawa anaknya pada aku ‘’Pakcik takde selera nak makan la”. Razif,anaknya,seorang pensyarah, kerap datang melawat dan bermalam.

Khamis 4 Dec - Hari tu sebelum aku keluar pagi, pakcik arsyad sempat mintak aku belikan mee kari, aku belikan, mee jawa.

Maghribya masa aku dalam monorail untuk balik ke HKL anaknya razif sms aku, ‘’Kim mintak tolong selimutkan ayah abang boleh, dia demam teruk lagi tu” aku bergegas ke HKL.
Sampai sahaja aku dipintu wad Pakcik Arsyad sedang tepat merenung tajam ke muka aku, Beberapa jururawat dan doktor juga mengelilingi dia dalam keadaan kelam kabut, Sambil ada membisik 2 Kalimah Syahadah di telinganya. Pakcik Arsyad dah nazak. Beberapa saat kemudian dia menghembuskan nafas terakhir.

Al-Fatihah.

Sementara menanti ahli keluarga Pakcik Arsyad tiba, Atuk aku membacakan Yasin.
Aku….. tidak terdaya hati untuk balas sms Razif bagitahu pemergian ayahnya.
………………………………………………………………………………………………………
Malam yang sama.

Selang beberapa minit pakcik Arsyad "pergi", Bilik 1 berhadapan dengan wad atuk ku telah penuh dengan sanak saudara Pakcik Zaidi. Dia yang menghidap Kanser Mata dari semalam lagi sudah berada dalam koma,dan selepas pemergian Pakcik Arsyad dia pula nazak. Tangisan menyelubungi wad RT 3C/D malam itu. Sejam menyusul, Pakcik Zaidi kembali ke alam yang kekal abadi.,Al-Fatihah.

Malam Jumaat tu memang antara malam paling sepi bagi aku, dua insan pergi bertemu penciptanya.
Depan mata aku.
Malam tu aku tidur buka lampu. Dua minggu siang dan malam aku bersama pakcik arsyad, terkesan juga pemergiannya,,katil disebelah atuk ku kembali tak berpenghuni.

.............................................................................................................................

Isteri berdamping setia suami
Anak memanggu abahnya
Dan cucu teruja atuknya
Hari ini bertawa esok pergi bukan cerita luarbiasa
Yang bernyawa enteng menginsafi


Pesakit bersilih ganti
Tubuh kujur kaku bergilir pergi

…………………………………………………………………………………………………………


Pakcik Rozainor - Sempat dia menghuni katil 6B selama 3 hari. Seorang pegawai tentera,umur 40-an. Petang tu tengah seronok dia berbual dengan atuk, tiba-tiba menggelupur muntah-muntah. Setelah doktor bagi ubat, dia ok. Dia menghidap barah usus.
Kesian, nak tolong tak tahu macam mana.

Pakcik Sidek - Dia seterusnya ditempatkan di katil 6B. Umur 60-an. Orang Gombak. Masa dia dan anak perempuannya sampai pagi tu, dia cukup ceria. Dia tak mampu lagi berdiri lumpuh separuh badan. Disuruh anaknya beri buah anggur pada aku dan atuk. Cukup mesra.

Tapi,sehari sahaja sempat kami beramah mesra. Esoknya,tanpa disangka Pakcik Sidek menemui ajalnya.
Aku sendiri terkedu.

Suatu petang tu aku tengah berjalan nak ke Kantin beli makanan, tak sangka boleh terserempak Nik, dia dulu teman serumah aku masa mula-mula masuk belajar kat Shah Alam tu.Sampai ada Raya tu aku pernah tumpang rumah dia. Meemang tak sangka jumpa dapat jumpa dekat HKL.
Rupanya ayah dia juga berada di HKL, dalam keadaan kritikal DI ICU, kencing manis.
Malam tu kami lepak gerai depan pagar HKL. Dia bercerita segalanya. Dia tak sanggup kehilangan ayahnya.

Selang bererapa hari,aku dapat sms tentang pemergian ayah Nik.
Al-Fatihah.

“Dari Dia kita datang dan kepadaNYA kita kembali’’
…………………………………………………………………………………………………

Macam-macam ragam,asam garam manusia dekat hospital ni lalu melintas depan aku ,buruk baik,yang cantik dan jelik, dan dari berdarjat setinggi-tinggi kononnya hingga sedaif-daif rupa.
Bukan sekadar memerhati..Juga menilai diri.

Alhamdulillah atuk aku masih ada lagi, masih berada disisi. Masih mampu tersenyum setiap hari.
Masih ada kudrat, sujud ditikar sejadah.
Dan… pekena Teh setiap pagi. (walaupun doktor Azura dah pesan dekat aku jangan belikan)


Tuhan, Jangan ambil dia lagi.

Saturday, November 29, 2008

Ternyata indah

'Aku sekarang setiap hari dikelilingi wanita-wanita beruniform putih dan yang terlantar bebaju hijau"

''Setiap minggu pasti ada yang kembali ke rahmatullah"
Aku dikeliling mereka-mereka yang menghargai setiap nafas mereka"
Menghargai setiap jiwa yang memandang"
Aku melihat mereka yang khusyuk Menghargai setiap kalimah suci yang Maha Mulia
Itu aku buat masa ini

Betul bukan, kadang-kadang perkara yang kita tahu kita akan hilang, baru kita akan mula menghargai


Lumrah bukan,bila kita dah hilang sesuatu baru kita mencari-cari

Pasti juga,bila mati itu pasti,tiada guna menyesali apa yang pergi

Menghargai

Teruskan menghargai

Kerna segalanya belum pasti tanpa kenan ilahi


Aku tak berkesempatan untuk update banyak perkara, nanti bulan hadapan aku sambung tentang kisah rasa lagi. Lepak luuu.

Sunday, November 2, 2008

Aku..Bulan Lepas


Malam Pra Graduaan MPG Malam yang dinantikan sejak aku semester 1 lagi..Eid One World.




Final Presentation,Research on Buletin Utama,,Rasa macam dah grad lepas tu..





Banyak jugak open house aku pergi,termasuk yang tak kenal.Sebab lapar kot.. Tapi ini open house rumah fareezan,housemate aku dari Part 1,memang open house yang aku nantikan. Sebab aku plan nak reveal dekat bapak dia,siapa dia di Puncak Perdana. Nasib baik makan sedap so cancel...





Seharian,keluar dengan sara,ain dan sepupu-sepapat,penat jugak tapi,,hilang lelah sebab tengok budak-budak hepi. Yes,there is kid in everyone heart..






Sungai Congkak Part 2. Camping,.Antara perkhemahan paling "mengenyangkan" aku penah pergi,kami berkhemah 3 hari 2 malam,11 orang semuanya,kira macam perkhemahan MassComm la.Ini adalah kali ke-2 kami berkhemah ditempat yang sama. 3 hari tanpa handphone,internet dengan facebook,myspace,friendster dan ym,aku boleh hidup jugak tanpa teknologi. Oh yea bbq kambing terbaik!! Thanx buat kawan-kawan kat rumah yang tak jemu doakan agar aku tak dimakan Beruang.



Syukur pada tuhan
aku dikurniakan kawan-kawan
yang istimewa setiapnya
the best remedy

Sunday, October 26, 2008

Pingin Tak Endah

Aku bahagia berjalan di landasan yang aku lalui sekarang, benar bagai Si Tua berkata "never chase the world" "keep it under your feet".. and this is how I believe there is always something better waiting for me each time I just let things go as it is, Qada' and Qadar one of the Sixth Pillars of Faith. Devine Prodainment.

Sekarang ini,walau kadang-kadang aku berehat, tapi aku berdiri ditempat aku sepatutnya berada, sebab tak mudah untuk menjadi diri sendiri,aku sebagai makhluk yang tak dapat lari dari silap,tak dapat sorok-sorok dari dosa.
.........................................................................................................................................................................

Terselingkup di benak pingin merasa nikmat
Memiliki dimiliki
Dikasihi hakiki rasa menjiwai

Ingin menyentuh tak mahu tersentuh
Mana mungkin lagi mahu terjatuh

Mana tahu belumpun terkhilaf
Sayu takut sebak menahan getaran romansa
Bertemu tuk berpisah
Bertawa tuk menangis
Hidup jua kan temu ajal

Lekas seteru sabar
Sabar...Seru

Pingin asyik dimiliki dikasihi
Memiliki hakiki

Setiap bahagiannya kan sampai seru


''Kesengsaraan,kemiskinan,kesedihan,azab dunia" kadang bukan satu malapetaka,tapi satu cara DiA berbicara dengan kita"

Friday, October 24, 2008

The Verses of Love

Ayat-ayat Cinta, a brilliant Indonesian movie, based on best-selling novel with the same title by Habiburrahman El Shirazy, looking at the title what comes in our mind it’s all regarding love between human and the poster itself portrayed something that is far from what the movie is all about.

Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story, a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals. One way or another this movie bring us to the root of being a muslim,it touch the issue that we might has forgotten and things that we are not concern lately. Polygamy,corruption,family bonding and love to God. I can’t say much, you need to watch it yourself.

A movie such as AAC would bring something good for Malaysian especially the Malay youngsters and how to face the test of faith in times of trial ,not much but it help.

Aku pun mula tak rasa nak layan,member aku Zul suh usha dulu

After layan AAC, totally I think Malaysian film director should come out with something like AAC,of course like our Prof-Madya-Anak- Mami-Film-Director said he produce what the audience want, and I realize how film making is a profit centered business,and we exactly cant compare our film industy with Hollywood to produce something BIG, but he and the rest of Malays film director must be forgotten that film is also a medium where it can play a crucial part in bringing the idea of unity among religion.

Just remember how Fitna,the short film by Dutch parliamentarian Geert Wilders change the perception among people around the world and how Muslim from all the globe react to it. We are multi-racial and multi-religious country and nowadays we are in the middle of crisis where the understanding among Malaysian are not as much as a decade ago. People from the film making industry and Government by the KEKKWA should do some changes to show how they really concern about their social responsibility.

The interpretation of Islam in the modern times has made the religion seem anti-social,anti-human rights and against progress. Islam is a dynamic guide to virtuos living for its people to cultivate a life and a world that will reward them on earth and the Afterworld. This is how films like AAC help in forwarding the reminder in the mind of either Muslims nor non-muslim.

Till then,Majulah Filem untuk Negara,Selamat Menonton.

Thursday, October 16, 2008

Peteh Mu Peteh

few weeks before,victory seems so far





Malam Futsal part 6
Sunway Sports Planet
kudos to Mo for the effort organizing weekly futsal match between all of us
Such a great night
I Hope the tradition will be bringing forward for next year
Masscomm Unite'd

Sunday, October 12, 2008

Malam Pertemuan Gumbira KLCC

Allhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi,Malam Pra-Graduan, MPG2008 pelajar Komunikasi & Media berakhir dengan jayanya di Kuala Lumpur Convention Centre yang berlangsung pada
11 October,semalam.

Tahniah kepada semua AJK mpg,terima kasih diatas semua usaha anda yang bertungkus-lumus menjadikan malam mpg suatu kenyataan.

Menjadi adat dalam bermajlis dimana sekalipun,Pasti ada kekurangan dalam setiap acara. Menjadi kemestian ada suara sumbang berbunyi dibelakang tabir,walau sebesar mana majlis sekalipun.Suara dan mimik jelik dari mereka yang tidak sedar dek untung pasti didengar,dilihat.

Jangan buat-buat lupa, para AJK tidak dibayar untuk meraikan rakan-rakan sendiri,jelas sekali,ikhlas. Malah mereka juga membayar harg
a yang sama seperti mana rakan-rakan yang lain yang lebih selesa duduk di kerusi empuk. Ada yang tidak menjamah walau sebutir nasi pun dari RM 200 yang mereka bayar. Makan hati bertambah pula. Jangan lupa juga, mereka berhak untuk menarik diri atau bersikap lepas tangan dari tugas. Bukan ada sign contract pun untuk berkhidmat demi kawan-kawan,tapi semuanya atas dasar tanggungjawab.

Aku juga sebahagian dari ajk tetapi niat menulis bukan membangkit,tapi apalah salah jika menghargai mereka. Ucapan terima kasih sudah memadai.


Nak membantu jauh sekali, gendang tak puas hati pula dipalu. Makhluk apa ini?

Jika tidak mampu menghargai diam kan saja mulut d
an terus mencebik dari menunjukan tahap rendah mentaliti.

Mpg adalah satu malam yang akan dikenang sepanjang hidup aku,sebab disini aku lihat masih ada jiwa-jiwa muda yang ikhlas,tak putus asa dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Bukan hanya menjadi kera sumbang yang senang duduk dan mengomel.

Ada setiap mereka yang bermatian memberi komitmen untuk mpg sehingga tak sedar siang bertukar malam,berpanas berhujan, melupakan mereka yang dicinta,bertegang urat sesama taulan,menebal muka di jalanan,perasaan malu dan dimalukan sudah imun,berhabis wang tak usah cakap dan tak kurang hingga mengguris hati keluarga. Hargai walau sedikit,jika tidak,diam itu lebih baik bukan?.

Rumah dah siap
tukang dah pulang
pahat berbunyi.

Majoriti hadirin yang hadir menzahirkan rasa puas hati ketika dan selepas mpg berlangsung.
Andai ada aku mengguris batin Maaf dan maaf mampu dizahirkan.

Tahniah sekali lagi aku ucapkan pada seluruh w
arga semester akhir Diploma Komunikasi & Media yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini,tidak lupa para penaja yang bermurah hati menderma. Yang pasti penghormatan wajar diberikan untuk seluruh AJK MPG 2008 ,terutama Pengarah Projek Nur Dyana yang tabah menggalas tanggungjawab walau dihambat dengan pelbagai cabaran. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu memberi ganjaran setimpal diatas usaha anda semua.

kawan sokmo