Malam, sunyi, aku baru pulang dari bertemu kawan.Rumah gelap, semua sedang lena dibelakangku,bertebar 'lembek' walau nipis semua sedang lena diulit mimpi,sejuknya malam.
Atuk,Mek,Izham sepupu kecilku semua nyenyak. Meriah rumah aku 2-3 hari ni,atuk mek dan izham ada bertandang.
Izham celotehnya tak sudah,larinya tak pernah perlahan,budak-budak kata aku,atuk selalu suruh izham duk diam, mustahil, dia diam hanya bila lena. Ibunya pergi sejak azali tika melahirkannya.
Tapi ibuku kenapa kau terjaga dari lena
Kenapa Diam sahaja
Diam memikirkan tentang esok.
Diam mengenang atuk sakit.
Diam mengenang nasib keluarga.
Diam memikir anak-anakmu akan jadi apa.
Diam memikirkan mencari wang sara untuk kami semua.
Diam mendoakan kesejahteraan kita.
"diam lah mak, mak lenala, esok pasti kan baik-baik sahaja''
Ibu, memang jasa dan pengorbanannya tak mampu dibalas bukan.
Tuesday, May 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alhamdulillah.. atuk ok.. masih terdengar dengar sore risau cucu yang baik kat RALK... :)
aku rindu kau wei!
Tenang aja kim...
heh rindu, nnt belanja aku minum, dengar dapat gaji dah semua:)
Post a Comment