3 min lagi pukul 5 pagi, baru abis main futsal,nasib baik pak guard tak banyak tanya, macam biasa berbagai nama baru muncul di puncak perdana bila nak masuk pagar waktu subuh sepi'e, dari Zamarul Hisyam hinggalah ke Awang Kamaludin, owh yea tadi main bola takde lagi mamat yang berasa dia seorang je kat tengah gelanggang tu. Kita berubah jika kita nak. Lupakan. so we are all set,every teusday night is Futsal nite.
......Desktop Background aku berlatarkan gambar aku dan teman kawan sahabat aku,walau tak semua tapi cukup untuk aku ingat pada yang lain..Hmm hensem hensem juga member-member aku ni,,heheh,..
Sekadar memuji,tiada kena mengena dengan isu yang bengkang atau bengkok mahupun yang hidup atau yang mati......pucuk.
Bak kata sorang sahabat aku ''Belum ada jodoh kim, kau dah jumpa sorang nanti tak menang tangan ko nak melayan,tenang-tenang duluu".
Intro je tadi tu,,,begini ceritanya,ececehh..
Tangan tak ngantuk,
Mata tak tersengguk
Berjaga bagai si pungguk
Nak meluah walau seteguk
Tidak terlalu taksub bagi aku jika aku kata aku dikelilingi oleh kawan, rakan dan sahabat (KRS) yang Hebat, (bukan Kadet Remaja Sekolah) Takdir akan berbeza untuk kita, tak semua kita akan dapat perkara yang sama di kemudian hari. Masa depan kabur. Tapi aku percaya setiap KRS aku akan menjadi seorang yang Hebat suatu masa nanti.
Teringat aku pada seorang teman di sekolah dulu,keturunan Cina,Yoong Shan Biao namanya,anak kepada ibu tunggal,satu hari dia bercerita bagaimana dia melihat mendiang ayahnya ditikam mati dihadapannya oleh sekumpulan lelaki, dia memang antara kawanku yang tabah dulu, dia sebaya aku, peristiwa hitam itu membunuh jiwa remajanya, dia tak sambung belajar selepas tamat sekolah,menghilang sebentar,tapi kini dengar kabarnya dia telah berjaya sebagai penjual kereta di Kuantan. Itu sekadar satu kisah. Jatuh bangun, seorang manusia.
Jika sekalipun ada yang mungkin sekadar penjaja biasa,tapi mereka pasti kan Hebat dengan cara mereka sendiri,jika jadi seorang ayah pasti mereka ayah yang Hebat dimata si anak. Andai tersungkur di masa depan aku pasti mereka akan bangun dan tak ambil peduli, sekarang pun dah banyak bukti, ada yang sudah berjaya,ada yang merangkak dengan gigih, ada juga yang sedang rebah tersungkur dek ujian duniawi,tapi setiap mereka bangun dan meludah pada kekalahan. Mungkin akan ada yang kerja tak seberapa tapi mereka semua ada kualiti yang lebih elok dari mereka yang tak sedar dek untung. Tak salah bukan jika aku terlalu percaya pada mereka?.
Mula-mula tadi cuba juga aku untuk menulis seperti bahasa pertuturan aku.Tak boleh konsisten la.
Aku lahirkan keikhlasan kata-kata bait tulisan ini khas buat semua mereka.Kawan,rakan dan sahabat,,
Aku masih mahu bernafas esok bangun.
Masih mahu meluang suka mahu duka bersama semua.
Salam Lena wahai yang Hebat.
Yang Maha Hebat, Ampun.
Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sape 'kwn2' hebat tu kim???aku ade dlm list x?
ko kawan yang bakal buat masjid tu kan?.hee
aku plak mcm mana?? xpela..aku redha..hahaha
emi - kau pun hebat emi! antara kehebatan yang aku selalu nampak gantung kaki dekat shower!
zul seperti biasa dengan skill tembak otak terulung!
Post a Comment