Saturday, November 29, 2008
Ternyata indah
''Setiap minggu pasti ada yang kembali ke rahmatullah"
Aku dikeliling mereka-mereka yang menghargai setiap nafas mereka"
Menghargai setiap jiwa yang memandang"
Aku melihat mereka yang khusyuk Menghargai setiap kalimah suci yang Maha Mulia
Itu aku buat masa ini
Betul bukan, kadang-kadang perkara yang kita tahu kita akan hilang, baru kita akan mula menghargai
Lumrah bukan,bila kita dah hilang sesuatu baru kita mencari-cari
Pasti juga,bila mati itu pasti,tiada guna menyesali apa yang pergi
Menghargai
Teruskan menghargai
Kerna segalanya belum pasti tanpa kenan ilahi
Aku tak berkesempatan untuk update banyak perkara, nanti bulan hadapan aku sambung tentang kisah rasa lagi. Lepak luuu.
Sunday, November 2, 2008
Aku..Bulan Lepas
Malam Pra Graduaan MPG Malam yang dinantikan sejak aku semester 1 lagi..Eid One World.
Final Presentation,Research on Buletin Utama,,Rasa macam dah grad lepas tu..
Banyak jugak open house aku pergi,termasuk yang tak kenal.Sebab lapar kot.. Tapi ini open house rumah fareezan,housemate aku dari Part 1,memang open house yang aku nantikan. Sebab aku plan nak reveal dekat bapak dia,siapa dia di Puncak Perdana. Nasib baik makan sedap so cancel...
Seharian,keluar dengan sara,ain dan sepupu-sepapat,penat jugak tapi,,hilang lelah sebab tengok budak-budak hepi. Yes,there is kid in everyone heart..
Sungai Congkak Part 2. Camping,.Antara perkhemahan paling "mengenyangkan" aku penah pergi,kami berkhemah 3 hari 2 malam,11 orang semuanya,kira macam perkhemahan MassComm la.Ini adalah kali ke-2 kami berkhemah ditempat yang sama. 3 hari tanpa handphone,internet dengan facebook,myspace,friendster dan ym,aku boleh hidup jugak tanpa teknologi. Oh yea bbq kambing terbaik!! Thanx buat kawan-kawan kat rumah yang tak jemu doakan agar aku tak dimakan Beruang.
aku dikurniakan kawan-kawan
yang istimewa setiapnya
the best remedy
Sunday, October 26, 2008
Pingin Tak Endah
Aku bahagia berjalan di landasan yang aku lalui sekarang, benar bagai Si Tua berkata "never chase the world" "keep it under your feet".. and this is how I believe there is always something better waiting for me each time I just let things go as it is, Qada' and Qadar one of the Sixth Pillars of Faith. Devine Prodainment.
Sekarang ini,walau kadang-kadang aku berehat, tapi aku berdiri ditempat aku sepatutnya berada, sebab tak mudah untuk menjadi diri sendiri,aku sebagai makhluk yang tak dapat lari dari silap,tak dapat sorok-sorok dari dosa..........................................................................................................................................................................
Terselingkup di benak pingin merasa nikmat
Memiliki dimiliki
Dikasihi hakiki rasa menjiwai
Ingin menyentuh tak mahu tersentuh
Mana mungkin lagi mahu terjatuh
Mana tahu belumpun terkhilaf
Sayu takut sebak menahan getaran romansa
Bertemu tuk berpisah
Bertawa tuk menangis
Hidup jua kan temu ajal
Sabar...Seru
Pingin asyik dimiliki dikasihi
Memiliki hakiki
''Kesengsaraan,kemiskinan,kesedihan,azab dunia" kadang bukan satu malapetaka,tapi satu cara DiA berbicara dengan kita"
Friday, October 24, 2008
The Verses of Love
Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story, a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals. One way or another this movie bring us to the root of being a muslim,it touch the issue that we might has forgotten and things that we are not concern lately. Polygamy,corruption,family bonding and love to God. I can’t say much, you need to watch it yourself.
A movie such as AAC would bring something good for Malaysian especially the Malay youngsters and how to face the test of faith in times of trial ,not much but it help.
After layan AAC, totally I think Malaysian film director should come out with something like AAC,of course like our Prof-Madya-Anak- Mami-Film-Director said he produce what the audience want, and I realize how film making is a profit centered business,and we exactly cant compare our film industy with Hollywood to produce something BIG, but he and the rest of Malays film director must be forgotten that film is also a medium where it can play a crucial part in bringing the idea of unity among religion.
Just remember how Fitna,the short film by Dutch parliamentarian Geert Wilders change the perception among people around the world and how Muslim from all the globe react to it. We are multi-racial and multi-religious country and nowadays we are in the middle of crisis where the understanding among Malaysian are not as much as a decade ago. People from the film making industry and Government by the KEKKWA should do some changes to show how they really concern about their social responsibility.
The interpretation of Islam in the modern times has made the religion seem anti-social,anti-human rights and against progress. Islam is a dynamic guide to virtuos living for its people to cultivate a life and a world that will reward them on earth and the Afterworld. This is how films like AAC help in forwarding the reminder in the mind of either Muslims nor non-muslim.
Till then,Majulah Filem untuk Negara,Selamat Menonton.
Thursday, October 16, 2008
Peteh Mu Peteh
Sunday, October 12, 2008
Malam Pertemuan Gumbira KLCC
Tahniah kepada semua AJK mpg,terima kasih diatas semua usaha anda yang bertungkus-lumus menjadikan malam mpg suatu kenyataan.
Jangan buat-buat lupa, para AJK tidak dibayar untuk meraikan rakan-rakan sendiri,jelas sekali,ikhlas. Malah mereka juga membayar harga yang sama seperti mana rakan-rakan yang lain yang lebih selesa duduk di kerusi empuk. Ada yang tidak menjamah walau sebutir nasi pun dari RM 200 yang mereka bayar. Makan hati bertambah pula. Jangan lupa juga, mereka berhak untuk menarik diri atau bersikap lepas tangan dari tugas. Bukan ada sign contract pun untuk berkhidmat demi kawan-kawan,tapi semuanya atas dasar tanggungjawab.
Aku juga sebahagian dari ajk tetapi niat menulis bukan membangkit,tapi apalah salah jika menghargai mereka. Ucapan terima kasih sudah memadai.
Nak membantu jauh sekali, gendang tak puas hati pula dipalu. Makhluk apa ini?
Jika tidak mampu menghargai diam kan saja mulut dan terus mencebik dari menunjukan tahap rendah mentaliti.
Mpg adalah satu malam yang akan dikenang sepanjang hidup aku,sebab disini aku lihat masih ada jiwa-jiwa muda yang ikhlas,tak putus asa dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Bukan hanya menjadi kera sumbang yang senang duduk dan mengomel.
Rumah dah siap
pahat berbunyi.
Majoriti hadirin yang hadir menzahirkan rasa puas hati ketika dan selepas mpg berlangsung.
Andai ada aku mengguris batin Maaf dan maaf mampu dizahirkan.
Tahniah sekali lagi aku ucapkan pada seluruh warga semester akhir Diploma Komunikasi & Media yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini,tidak lupa para penaja yang bermurah hati menderma. Yang pasti penghormatan wajar diberikan untuk seluruh AJK MPG 2008 ,terutama Pengarah Projek Nur Dyana yang tabah menggalas tanggungjawab walau dihambat dengan pelbagai cabaran. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu memberi ganjaran setimpal diatas usaha anda semua.
Tuesday, September 23, 2008
Siji Loro Telu Lekuk
Pejam celik pejam celik telah masuk 10 malam terakhir Ramadhan,ada antara kita pasti berlumba melipatgandakan amalan terhadapNya, mencari Lailatulqadar malam seribu bulan.Tak kurang juga yang berpusu-pusu melipatgandakan membeli-belah di kedai Laila@Kamdar,persediaan menyambut 1 Syawal,hari kemenangan setelah sebulan bertarung melawan nafsu yang meronta. Moga amalan kita diterimanya.
Pertama kali. Perkara pertama kali yang berlaku selalunya amat seronok.Dan yang pertama memang susah nak dilupakan selamanya. Aku dulu masa mula masuk belajar di Shah Alam seronok untuk balik kampung sebab aku dapat menapak kaki di KL, dengan beg besar digalas jalan-jalan dekat area KL habis diredah, mana taknya budak dari bandar kecil masuk bandar besar kononnya,lagak ala-ala backpacker,tapi seronok dapat lihat macam-macam ragam manusia, dari stesen Putra Masjid Jamek ke Pudu, jalan paling menarik,semua manusia macam aku bergegas ke tempat tujuan masing-masing,kadang berborak dengan mamat Indonesia,Myanmar dan Bangladesh,cuma wanita Uzbek tak jumpa dulu.
Perkara kecil tetapi susah untuk dihargai bila kali kedua,seronok kali pertama. Wet World Shah Alam dulu pertama kali aku masuk darjah lima,seronok bukan main,bulan puasa pulak tu, sanggup menikmati air kolam yang enak dicampur berbagai bangsa dan budaya di waktu siang Ramadhan,pertama kali pergi taman tema air,seronok. Kalau sekarang mahu digelaknya oleh kawan-kawan aku,Mereka lalu tepi jalan Seksyen 2 tu pun mungkin boleh nampak aku duk berkubang macam kerbau balau.Tak mahu aku.
Mula-mula naik kapal terbang pun macam tu, usaha selagi boleh nak duduk tepi tingkap,mata tak beralih dari birai,mata macam dah cecah awan,kalau boleh nak keluar kepala dekat tingkap buat macam naik kereta.kali pertama,yang kedua biasa sahaja. Pramugari pula yang jadi tatapan.
Setiap kita pasti ada pengalaman pertama yang menarik menjadi palitan sejarah dalam kehidupan. Oh tak lupa, orang yang baru berkahwin juga begitu...hmm.
Ada juga perkara pertama kali yang dulu amat sakit untuk dirasa,tetapi setelah lama baru kita dapat keseronokannya,kena rotan dengan cikgu disiplin. Sedap bukan?lagi-lagi Cikgu yang cukup hebat apabila melibas pesalah di bahagian belakang tubuh yang pejal .Lazat. Sekarang aku seronok.
Puasa juga begitu,pertama kali puasa memang seksa tapi indah dikenang, puasa seterusnya perkara biasa, meninggalkannya amat biasa. Kadang terfikir,bagaimana jika esok satu-satunya hari yang kita ada?.
Tak terlepas tentang Rasa,berbagai rasa yang pertama kali amat indah,seronok dan memang mustahil dilupakan. Tapi rasa yang pertama juga yang ajar kita jadi manusia.
Pertama juga dikaitkan dengan satu, satu juga bermakna tiada yang lain,kerana satu adalah satu-satunya yang ada.Bukan sekadar hanya menghargai yang tercinta,,tapi dalam segenap perkara jika ada perkara satu-satunya yang kita ada,jadi,wajar kita hargai,pelihara,menjaga,mencinta,tak lupa pada yang Maha Satu,kita sujud.
Aku sokong juga Pertama kali memang ada yang manis ada juga yang pahit.Hidup tak semua indah. Tak semua rencah kehidupan sedap ditelan.
Pergi dulu ,,, lusa aku perlu bertemu satu-satunya Atuk Harun dan Mek yang aku ada.
Harap dapat bergembira secukupnya pada Raya Pertama bersama mereka.
Pertama Kali disini?,sudikanlah untuk kali kedua. Salam Ramadhan.
Friday, September 19, 2008
Pi Mai Pi Mai
Kejar-kejar ke sana, ungar kemari,apa dicari memang dah pasti,cuma yang aku runsing sampai bila kita semua kan terus terkejar,berlari,hingar-bingar sana-sini,tambah pula dengan keadaan masyarakat sekarang yang sememang jelas amat ambil berat tentang kepentingan peribadi. Semua perkara dilakukan mahu in return rewards.Ikhlas,makhluk apa itu?.
Lihat sahaja di bandar besar, mahupun disetiap ibu negeri,ramai antara kita terkejar kesana kemari, aku tak nafikan masa itu emas tapi sekarang tanpa kita sedar kita dah jadikan diri sebagai hamba duit.
Semalam sempat aku bertemu dengan seorang pegawai di PNB,atas urusan mahu meminta sumbangan untuk program mpg kami selepas raya nanti. Harapan agar sedikit sebanyak dapat juga pihak mereka membantu. Nak tak nak mereka pasti mahukan sesuatu yang berbaloi untuk sumbangan mereka,bukan salah mereka,adat dunia kini.
Sempat berbicara tentang gaji pekerja disana,tinggi, aku amat bersemangat mendengar tawaran gajinya,tapi bila difikir balik cukupkah nak sara aku dan masa tua aku?. Aku bukan yang datang dari mereka yang lahir ber-ibu dan ber-bapa yang mampu beri kemewahan pada anak-anak,cukup sederhana,jadi semua usaha perlu sendiri.
Harta dan wang ringgit jelas jadi percaturan. Sukar untuk aku elak dari menjadi mereka yang berkejar kesana-kemari sampai lupa tanggungjawab khalifah muka bumi. Dugaan zaman sekarang jauh berbeza dari dulu. Ekonomi dunia jelas tak menentu, harga bahan asas makanan juga melonjak,politik di negara kita semakin berbau hangit dan tak lupa minyak menggantikan emas.Kita sememangnya di akhir zaman.
Oh, ini selingan,biasa kita dengar, aku juga sokong,sesetengah wanita sekarang lebih memandang lelaki yang berkocek kembung,bergaji besar,berkereta satu kewajipan, tak salah bukan tafsiran aku? Tipu jika wanita membantah semua itu.Aku hormat kehendak mereka yang mahukan masa depan mereka secure, bukan salah wanita juga,adat dunia. Cinta bukan boleh buat perut kenyang.
Dulu kalau lelaki itu sudah ada kerja cukup membuat hati bakal mertua tertawan.
Sekarang soalannya "kerja apa?".
Ramadhan tak mampu menenangkan warga Metropolitan.
Dugaan hanya untuk mereka yang kuat.
Pelan-pelan kayuh. Salam.
Sunday, September 14, 2008
Pomot 2#
danny micah, construction worker(baju hijau tu).
without knowing they had more than enough.
Friday, September 12, 2008
Pajeri Nenas Ayam Percik
Berita hampa yang aku khabarkan,aku tertinggal bas sebenarnya,bangun awal pagi lagi tapi aku baring semula, tahu-tahu dah lewat untuk ke perhentian bas. Hasrat ibu sukar aku hampakan, aku gagahi juga ke KL,dalam panas terik, aku ke Pudu,dengan harapan dapat naik bas seawal mungkin agar dapat sampai sebelum azan maghrib.Dalam perjalanan terdetik hati seorang musafir ni untuk berbuka,dengan dugaan sekeliling aku cuba buat tak tahu saat melihat melayu baru,melayu liberal, tanpa segan malu menikmati makan petang di restoran bangsa lain.Tak mustahil ini mungkin antara mereka yang mahu kesamarataan antara kaum di Malaysia.
Di pudu aku terus ke platform bas yang menghala ke Kuantan tanpa pergi dulu ke kaunter tiket, syukur Pak Cik Bas bagi naik. idup pemandu bas!
Dalam bas,sedang perut menahan sabar,aku cuba lena, agak susah, tambah pulak ada adik ni umur dalam 3 tahun, dengan manja dia minta ibunya membuka tin minuman, air soya. haishh air soya tuu.Sabar jela.Aku lena juga.
Aku sampai,ibu sambut,pipi ibu ku kucup mesra.Anak jantan nakal berjaya bertemunya.
Pajeri nenas,kari kambing dan ayam percik menanti di rumah.
Cerita biasa si anak muda biasa merantau di kota luar biasa. Selamat berbuka.
Pose jangan tak pose.
.........................................................................................................................................................................
Bardebat dengan hati
Berkira mahu ke kiri
Atau menjauh dari ilusi
Memang begini si makhluk ini
Hitam putih sukar di pilih
Jalan bersimpang kini di kaki
Rentak diri masih kabur
Rabun mana jamin untung
Kabur mana janji tenggelam
Asal tak mahu masa depan kelam
Nafsu direndam lemas
Hakikat digenggam kemas
........................................................................................................................................................................
Ranjau duri belumku tempuhi
Gunung Merapi impi didaki
Kata manusia ditolak tepi
Bukan mereka ku bawa mati
Few risk had been taken.
I planned He decide. Amen
Friday, September 5, 2008
Jangan Kau Bimbang
bingit tak bisa menggentar
digigit alah bisa
ditikam tegal biasa
sedut bisa ludah bisa
cekal bertahan kelak bahagia
jangan kau bimbang
langit cerah tak selalu sudah
langit kelam jangan di redah
guna akal bila bermadah
ikut pesan ibu abah
jangan kau bimbang
tidur tak lena
kenyang tak dirasa
basah tidak bila mandinya
terus melangkah
tinggi melompat jika itu kehendaknya
Jangan kau bimbang
Ingat pesan Baginda utusanNya
Ingati mati sebijaknya manusia
Buat Yang Maha Kuasa. Aku Percaya.
Monday, September 1, 2008
Nostalgia Rasa
Dapat puasa 50sen sehari
Air Kolah Santapan tengahari
Lakonan mantap sudah mesti
Waktu berbuka galak sekali
Dikejut disiram mata terkatup
Waktu sahur usah nak bangun
Berjalan ke dapur mata tertutup
Ditepuk dahi hilang mengelamun
Makan sahur sampai terlelap
Cucu terlentok bukan sekejap
Atuk melihat penuh meluap
Kesian nenek tolong suap
Curi-curi cedok pauk
Lauk sahur dibawah saji
Dari belakang disebat atuk
Rupanya dibibir tersergam nasi
Bila berbuka depan sekali
Ayam golek digenggam gagah
Susu soya sudah tersaji
Menunggu bilal melaung kalimah
Alhamdulillah.
Dulu
Atuk disisi
kini teman dia,
Aku disisi
Dari Kaki Langit Ramadhan
Indah menanti sahur.
Kata diatur
Jujur terlumur
Barang Dulu
Buat aku sentiasa ingat siapa diri
Siapa bilang usah meneroka jalan lepas
Ia Ajar,ajar jadi manusia
Buat kita tak lupa,siapa kita,
31 Ogos.Oh benar dilaungkan kalimat Merdeka
Merdeka sejauh mana merdeka kita
Melacur bahasa, tubuh,bangsa,agama
Bermain kata tuk memuas Sang Nafsu,
kau kata Anak merdeka
Diadun dengan kata nista
Demi kepentingan dunia
Punah semua harapan bangsa bila lidah bercabang dua
Lupakah diri kelak dimamah tanah
Mari dikait jiwa Merdeka.
Disulam dengan warna dari tinta kejujuran
Bangun
Hari baru.
Bulan Baru.
Semangat baru.
Jiwa terharu.
Merdeka!segalanya kuseru.
Bersaksi Langit Ramadhan 1 September.
Indah Takjub.
Buat Malaysia,tanah tumpah darahku.. Salam Merdeka 51
Buat semua saudara seagama..Salam Ramadhan.
Saturday, August 23, 2008
From the Rainforest With Love
Taman Negara Kuala Tahan. Jerantut.
Seharian Aku disini.
Lot's of emotions here.
Tenang. Tiada hipokrasi.Tiada benci. ..Tiada melanggar resam duniawi dan ilahi.
Have a great day people. Much love from the Nature.
Thursday, August 21, 2008
Jika Tenang,Senyumlah: )
Ingin juga aku bercakap tentang banyak perkara yang tak memuaskan hati,ekonomi,politik dan isu-isu semasa,tapi dek kerana terlalu geram,tak mahu aku terus layan perasaan marah. Contoh pasal mamat ini yang cukup biadap membicarakan tentang Islam dan Melayu. Ini ruang tenang, Jangan marah,Jujur.
Ada mereka yang bersikap invisible dan ada yang visible, ada kawan aku yang sukar untuk meluah rasa, dia terlalu pendam setiap rasa, bila dicucuk dipancing dengan soalan terbongkar segalanya, tapi dia lega bila dapat meluah apa terbuku. Yang pahit kelat walau sukar nak ditelan terpaksa juga ditelan, adat kita,manusia. Tepuklah dada,tanyalah rasa.
Ini berita gembira,aku ada post entri tentang pakcik aku,Rani, yang dulu ada ambil anak angkat. Beberapa hari lepas aku dapat berita kenaikan pangkat dan dia akan ke Madrid,Sepanyol dan insyallah berpindah kesana bersama anak-anaknya,untung sepupu baru aku. Bukan aku nak kata jika ambil anak angkat dapat ke Spain, tapi rezeki anak yatim siapa tahu.
Jadi tak lupa buat semua Masscomers yang berhempas pulas untuk menjayakan MPG 2008 teruskan usaha mulia,DIA mungkin tak membalas hari ini,esok lusa siapa tahu. Buat suara yang lebih selesa mengkritik sumbang teruskan menunjukan kedaifan mentaliti. Bak burung kakak tua berkata-kata, bila penat diamlah. Yang berusaha pasti akan tenang di kemudian hari. Senyumlah.
Niat dihati, meregang tegang sendi
Bukan sinis sekadar meluah rasa,
Kadang terubat,terkeluar bisa
Insan biasa, nukilan si hamba durja
Si penulis meluah jiwa,itulah Kisah Rasa.
Ini adalah do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) *Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri *Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Cuba bayangkan yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Puasa pun dah tak lama kan. Sekejap masa berlalu.
Minta maaf kawan rakan sahabat aku. Niat jahat tiada, sekadar manusia biasa.
Tak boleh lari dari silap.
Salam Lena Semua.
Yang Maha Tercinta. Ampun.
Wednesday, August 20, 2008
Dari bilik berita
Aku ditugaskan untuk bersama dengan Abang Halim salah seorang wartawan untuk membuat liputan Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ke MAHA 2008.Jejak kaki di MAHA2008 aku sudah dikelilingi oleh wakil media dari beberapa akhbar dan tv, lagi rendah rasa tempat aku berdiri, kena tenang. Media luar negara juga tak ketinggalan menyempal sekali. Kelibat Tuanku Mizan wajib di jejaki walau kemana dia pergi. Bodyguard dia memang buat dia susah didekati,lagi budak hingusan memang akan hadapi masalah untuk berhadapan dengan pengiring sasa raja ni.
Gambar diatas ini antara yang sempat aku ambil, tapi makhluk terakhir yang aku nampak lepas ambil gambar ni bodyguard Tuanku Mizan, muka macam Chow Yun Fatt,badan ala-ala John Cena. Lengan aku ditarik, memang susah nak dekat.Pheww.. Owh yea,tak lupa persembahan Rodeo dari Australia buat Tuanku Mizan terhibur,pandai lembu-lembu beraksi.
Hujan lebat singgah dikala Tuanku melawat tapak pameran,basah kuyup aku kat sana,tapi Alhamdulilah tugas utama selesai. Ampun Tuanku. Hujan rahmat..
Dalam perjalanan pulang terserempak denagan Khalid Ibrahim, memang ada jodoh dengannya para wartawan hari tersebut. Dia yang beberapa hari sebelumnya keluarkan kenyataan kontroversi mengenai kuota 10% untuk kemasukan non-bumiputra's ke UiTM sememangnya dinantikan oleh setiap wartawan.Dia tenang,lagak biasa bagi ahli politik.Bukan aku membantah malah tidak juga menyokong dengan kenyataan tersebut, pasti dia ada alasan jitu tersendiri.
Suasana temubual terhenti sekejap, mana tidaknya aku terlepas pegang tripod dari tangan, jatuh atas lantai,bunyi berdentum kuat yang amat, satu bilik tergamam tengok aku yang tersenyum macam kerang busuk depan Tan Sri. Malu sekejap.
Dan jawapan Tan Sri Khalid apabila ditanya adakah cadangan 10% tersebut bakal diajukan ke parlimen, katanya tidak perlu, perkara ini sudah dipersetujui oleh pihak kerajaan BN sendiri. Bagaimanapun kenyataan tersebut ditapis bersih dan tidak dapat disiarkan di Buletin Utama oleh gatekeeper di newsroom tv3 atas alasan politik.
Apakah pandangan anda tentang kuota 10%, lebih lagi jika anda pelajar UiTM?
Sememangnya para tenaga kerja di bilik berita tv3 khasnya program Buletin Utama wajar diberi setinggi-tinggi penghormatan. Berusaha keras memastikan mereka terus mendahului dalam menyampaikan yang terbaik untuk penonton. Tidak hairan Buletin Utama menjadi program tv nombor 1 di Malaysia seawal tahun 90-an lagi, tidak lupa kepada 4 juta rakyat Malaysia yang menonton BU setiap malam. Tahniah. Syabbas inspektor Sahab!!
Sunday, August 17, 2008
Harapan
Semalam dia memanjat bumbung dunia, jatuh dia, sakit dia.Menangis dia.
kata Si Tua ,"jangan panjat tinggi-tinggi jatuh susah". Dia lupa,didaki juga.
Teresak merintih,berselubung dalam gelap. Mengharap,terus mengharap.
Dia mengharap merak di kayangan. Menanti yang tak pasti.
Dulu dia tak mahu akan harapan. Harapan baginya palsu.
Kini harapan satu dia ada.
Dulu harapan impian pasrah,
Kini harapan satu tak cukup tak bertambah
Tak mengharap disujud bak Raja di singgah
Satu harapan cukup indah
Janji hidup ke mati
Janji sayang ke pintu firdausi
Janji diakhiri
Jijik ditangisi
Mendiam tanda duka juga dusta
Bersama Sang Hitam mengaburi nyata
Kenangan di ditatang
Walau mata tak bertentang
Hati tetap tak berubah
Tanda kasih sampai ke Jannah.
Dedicated for those who always have faith and hope in things they do. Love wasnt everything but we need them. Hope is a belief in a positive outcome related to events and circumstances in one's life. Sometime its better to hoping sometime you do not. Hope implies a certain amount of despair,wanting,wishing and suffering.
Aku kena bergegas ke Kuala Lumpur sekarang,
Moga perjalanan aku selamat nanti. Walau tak pasti, aku berHarap.
Yang Maha Pengampun. Ampun.
Friday, August 15, 2008
Nisfu Histeria - Bukan direktoR Ahmad Nisfu
Bait lagu kanak-kanak ni bermain di otak aku sekarang, "nenek-nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga mencari cucu di mana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja".
Jadi nak aku kaitkan di sini dengan beberapa kes histeria dilaporkan diseluruh negara sepanjang bulan lalu hingga hari ini,antaranya yang berlaku di sekolah berasrama penuh di Perak,Negri Sembilan,Selangor,Sarawak dan negeri aku sendiri Pahang. Ada antara kes tersebut dilaporkan serentak di berlainan tempat, di Kuantan minggu lalu lebih 35 pelajar SK Tanjung Lumpur bercuti lebih awal bagi memulihkan semangat mereka yang diserang histeria. Setiap hari bermula minggu lepas pasti ada kes pelajar yang melolong dan meracau tak tentu hala di sekolah tersebut,tak kurang juga yang jatuh rebah,hingga ada satu masa lebih 21 pelajar diserang serentak. Sekarang Ulama disetiap negeri ditugaskan "merawat" sekolah yang teruk diserang histeria,termasuk juga Ketua Agama setiap negeri. Ingat pulak aku kes awal tahun ini dekat Dungun,sampai 200 pelajar kena sekaligus. Ada pihak beranggapan ini semua gangguan psikologi dan ada beranggapan gangguan makhluk halus.Wallahualam. Oh yea, Bagaimana pulak yang meracau tak tentu arah dekat kelabing tu?.
Tapi aku jadi kurang pelik dengan semua ni bila teringatkan kolej aku, kadang-kadang satu kolej kena histeria.
Hari ini 15hb 8 bukan? jadi sama dengan 13 syaaban, bermakna esok adalah nisfu syaaban, esok baru orang panggil ''bukak buku baru"! Hari nisfu sya'aban adalah hari buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Malam nisfu syaaban juga antara malam yang mulia dan penuh berkat selepas malam Lailatul Qadr,(bukan malam untuk bersama dgn Laila anak Tok Kadar!) Jadi catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).Aku dah macam Ustaz Akhil Khay dah ni. Jadi KRS ku... esok malam tenang-tenang sudah,jangan nakal-nakal. Say no to Sex,Drug,Alcohol and..Hysteria.
......................................................................................................................................................................
Hujan disini,sejuk ke isi
Ketawa riang bersama taulan
Hirup Teh Tarik uhhh sedap sekali
Apa katanya? Mai Sechewan?
Bertiup kencang bagai nak kiamat,
Dentum guruh bagai segalanya tamat
Hati gemuruh mengikut firasat
Mangenangkan nasib di titi sirat.
Salam Lena Dunia,,Yang Maha Agung,Ampun.
Thursday, August 14, 2008
Sengguk Tok Kadok
......Desktop Background aku berlatarkan gambar aku dan teman kawan sahabat aku,walau tak semua tapi cukup untuk aku ingat pada yang lain..Hmm hensem hensem juga member-member aku ni,,heheh,..
Sekadar memuji,tiada kena mengena dengan isu yang bengkang atau bengkok mahupun yang hidup atau yang mati......pucuk.
Bak kata sorang sahabat aku ''Belum ada jodoh kim, kau dah jumpa sorang nanti tak menang tangan ko nak melayan,tenang-tenang duluu".
Intro je tadi tu,,,begini ceritanya,ececehh..
Tangan tak ngantuk,
Mata tak tersengguk
Berjaga bagai si pungguk
Nak meluah walau seteguk
Tidak terlalu taksub bagi aku jika aku kata aku dikelilingi oleh kawan, rakan dan sahabat (KRS) yang Hebat, (bukan Kadet Remaja Sekolah) Takdir akan berbeza untuk kita, tak semua kita akan dapat perkara yang sama di kemudian hari. Masa depan kabur. Tapi aku percaya setiap KRS aku akan menjadi seorang yang Hebat suatu masa nanti.
Teringat aku pada seorang teman di sekolah dulu,keturunan Cina,Yoong Shan Biao namanya,anak kepada ibu tunggal,satu hari dia bercerita bagaimana dia melihat mendiang ayahnya ditikam mati dihadapannya oleh sekumpulan lelaki, dia memang antara kawanku yang tabah dulu, dia sebaya aku, peristiwa hitam itu membunuh jiwa remajanya, dia tak sambung belajar selepas tamat sekolah,menghilang sebentar,tapi kini dengar kabarnya dia telah berjaya sebagai penjual kereta di Kuantan. Itu sekadar satu kisah. Jatuh bangun, seorang manusia.
Jika sekalipun ada yang mungkin sekadar penjaja biasa,tapi mereka pasti kan Hebat dengan cara mereka sendiri,jika jadi seorang ayah pasti mereka ayah yang Hebat dimata si anak. Andai tersungkur di masa depan aku pasti mereka akan bangun dan tak ambil peduli, sekarang pun dah banyak bukti, ada yang sudah berjaya,ada yang merangkak dengan gigih, ada juga yang sedang rebah tersungkur dek ujian duniawi,tapi setiap mereka bangun dan meludah pada kekalahan. Mungkin akan ada yang kerja tak seberapa tapi mereka semua ada kualiti yang lebih elok dari mereka yang tak sedar dek untung. Tak salah bukan jika aku terlalu percaya pada mereka?.
Mula-mula tadi cuba juga aku untuk menulis seperti bahasa pertuturan aku.Tak boleh konsisten la.
Aku lahirkan keikhlasan kata-kata bait tulisan ini khas buat semua mereka.Kawan,rakan dan sahabat,,
Aku masih mahu bernafas esok bangun.
Masih mahu meluang suka mahu duka bersama semua.
Salam Lena wahai yang Hebat.
Yang Maha Hebat, Ampun.
Tuesday, August 12, 2008
Sunday, August 10, 2008
Kasihan
Kamu dengar sini Si Biasa berkata Jika pekak kan ku jerit Jika buta sudah takdir Dia Andai Buta kau lebih mulia dari si celik tertutup Jiwa Dengar sahaja. Tutup mata.Buka Raga.
Bayangkan aku didepan kamu
Bercerita tentang rasa kasihan
Kasihankan diri, kasihankan diri.
Aku kasihankan diri,Kamu jua kena.
Ku rayu Kasihankan diri
jangan dicari duri
Jika onak menghiris diri
Biarkan ia siar sendiri
Sudah takdir ilahi
Kau tersembam kini
Menangis hari ini.
Tak guna sujud pada najis mengkhayal.
Teruskan andai kau bebal.
Larinya sedih hanya sekelip mata
Hanya menipu si penyembah
Aku nasihat pada ku cinta.
Jijik,binasa selamanya sesal tak sudah
Kudis kan sembuh
Tubuh kan lebih teguh.
Kuatkan semangat.
Pegang taliNya erat-erat.
Friday, August 8, 2008
Thursday, August 7, 2008
Sports - Making friend out of strangers
‘’Mu main solo”
That’s me. As one of my close friend said. Yes, I did wrong. I learned.
And now sports unite us back.
I enjoy futsal,sepak raga, touch-Rugby, Paintball, swimming, badminton,archery and bowling.
If any of these game is on your list just call me, I promise I’ll be a great teammate.
Majulah Sukan Untuk Negara:D
......................................................................................................................................................................
I'm not good writing in english,far cry from being excellent,
so the reason sometimes i wrote in English is to improve my writing skills.
So, for those who read my English writing and notice any mistake especially the Grammar,
dont laugh but please feel free to help.Your lesson would be much appreciated.Tq.
'Setiap ilmu diajar pasti dapat pahala bila digunakan oleh anak murid"
Wednesday, August 6, 2008
Memikat Terpikat
Senyum manismu masih memikatku
Putih kulitmu buatku terpaku
Kamu menawan ku dalam setiap gerimu
Ingin sekali berjalan seiring denganmu
Mahu menikmati setiap tuturmu
Dari bibir merah jambumu itu
Ku pasti kan kelu,,malu..tersipu
Tak mungkin matakan berpaling
Lebih indah jika kamu panggil ku darling
Kamu seindah selalu
Jemu..jemu..,apakah itu?
Mungkin kamu penggemar jamu Cap Mustika Ratu
Tapi Jemu bukan bagiku untukmu.
Gaya ringkasmu
Rambut kusutmu bukan endahku
Tapi kamu memikat tanpa diragu
Sememangnya kamu hanya satu
Aku memang terpikat denganmu
Kamu juga membalas senyumku
Gigi mu tersusun rapi
Mungkin kamu memberus dengan Darlie
Andai aku tahu kamu disekitar
Degup degap ku berdebar
Benar,..Kamu ayu,tanpa sedar.
Sampai menggigit selipar
Tapi,,kamu bukan untuk aku
Kamu sekadar untuk dilihat
Bukan disentuh
Bukan di Rasa.
Kamu memang memikatku.
Wednesday, July 30, 2008
Jinjit Impian
Berlamun tentang cita-cita
Beringat tentang cinta
Bergomol antara nafsu hasrat
Berjinjit menggapai walau berat
Bertindih kemahuan dan niat
Bersungguh andai terjerat
Bangun tika terseliuh
Bertarung tuk berteduh
Bermimpi tentang andaian
Bercerita tentang Impian
image courtesy of Pakwad loc. Puncak Perdana 2007
Saturday, July 19, 2008
Terpacul dari mulut kawan aku, dia marahkan takdir,tak habis-habis dengan takdir, mungkin difikirannya takdir selalu tidak adil bagi dia,takdir tidak pernah sebelahi dia, dia sahaja yang jadi mangsa keadaan.
Bagi aku setiap kita perlu terima setiap suratan tertulis di lauh mahfuz tetapi putus asa jangan sekali, sebab kita semua tahu yang esa memang tidak menzalimi makhluknya, kita mampu mengubah takdir jika kita redha dan ingat pada yang cipta kita. Sabar,usaha,redha dan Doa itu penting. Aku bukan nak jadi ustaz di sini.
....Aku ada satu masalah besar, bagi aku amat besar, aku susah nak menghadapi kehilangan. Aku pelik bagaimana ada yang senang dengan mudah hadapi kehilangan. Agak lari dari topik mula tadi, tentang takdir.Tapi cuba fikir balik, setiap kita diciptNYA berbeza, setiap kita ada kelemahannya, tapi ingat yang pasti Yang Esa tidak menduga kita jika dia tahu kita mampu hadapinya,hanya terpulang pada kita nak guna akal fikiran, anugerah yang tiada pada makhluk lain. Jika bertindak umpama binatang tanpa batasan apa guna akal fikiran lagi, semua pandai berkata-kata bila datang dugaan,perkara halal jadi haram,yang haram pula baginya wajib bila diundang musibah. Aku juga bukan sebaik mana,tapi sebagai kawan aku nak ingatkan sampai bila mahu kita lari dari realiti,dan ingat juga, air kencing makhluk yang dijanjikan jahanam tidak mampu jadi penawar segala musibah. Air kencing itu sekadar pasport janji untuk ke jahanam.
Buat kawan, aku sayang setiap rakan,teman dan sahabat aku, buat musuh yang memusuhi,jika ada, aku tak pernah simpan dendam. Aku juga harapkan nasihat dan peringatan,esok lusa aku juga pasti buat silap. Tak boleh lari.
Takdir memang ada untuk kita, tapi mampu diubah.
Ikut nafsu lesu,ikut rasa binasa.
Friday, July 18, 2008
Saturday, July 12, 2008
Teratai
Mana temanmu?
Kau mekar tapi diakar terkubur duri semalu.
Kau tahu aku rindu
Wahai Bunga
beringat selalu
Jangan mudah mekar menguntum kelopak mu
Sang Penghisap madu sentiasa memburu
Thursday, July 10, 2008
SepiT
I make names invisible in this entry as words sometimes are cruel.Last night I'm back in my hometown after a few days in puncak. Life is good here. Playing rugby with my buddies this afternoon, goin yam cha with chinese buddy tonight. C u when i c u.Chiow!
Thursday, July 3, 2008
Tak Tahu Menahu DiKetahui
..Sometimes things are better to be unsaid,untold.
Esok lusa,cuti semester ni sampai ke penghujung dah, dua-tiga minggu sebelum ni hari-hari aku tidur bila matahari dah naik,bila mak aku nak pergi kerja,adik perempuan nak pergi sekolah baru aku menjengah depan pintu rumah beri salam selamat pagi. "dah balik pun jantan kabaret ni" ayat yang keluar dari mulut yang tercinta. Bukan aku kemana pun lepak minum jumpa kawan-kawan supermainan.Sabar mak.
Minggu depan semester baru bermula. Final semester aku dekat puncak.Tak sangka dah 3 tahun dekat puncak ni, macam-macam jadi, banyak aku belajar dari masyarakat-masyarakat di puncak ni, ada yang indah ada yang kelam.Tak apa aku belajar jugak sekurang-kurangnyanya.
.....Aku tengah duduk depan tv nonton cereka Liang Lahad, sambil komputer riba di atas riba, baru pulang dari keramaian,tunai tanggungjawab seorang muslim di hari jumaat ni.
Cereka di peti tv sekarang tentang bagaimana seorang wali dituduh sebagai gila, lakonan M.Rajoli. Wali-wali Allah,serta ahli-ahli sufi,kisah yang ramai tak tahu,dengan kuasaNya seorang wali terpilih mampu bertindak diluar kemampuan manusia biasa.Tertanya juga aku masih ada lagi kah wali keramat dalam dunia sekarang ni?. Eh melalut kalut dah ni.
Aku bukan lah seorang yang arif tentang selok-belok agama,kadang-kadang banyak tersimpang dari landasan,tapi agak tenang bila kita kembali pada perkara asasNya.
"The most dependable handhold on faith is: love for the sake of Allah and hatred for the sake of Allah." [At-Tirmidhee]
Friday, June 27, 2008
Sakit juga Anugerah
Yang tercinta masih terlantar dibelakangku bersama beg urin tergantung tepi katil. Seminggu di hospital menjaga yang tercinta,selamat juga dia jalani pembedahan kecil.Sepanjang di rumah-sakit katil hadapan bersilih pengganti, hanya dia dan pakcik bergelar Dato' penghuni setia wad itu.Dapat juga atuk sahabat baru. Terima kasih para misi-misi yang banyak membantu meringan beban. Ini hari mereka,giliran kita ada juga.
Setiap malam atuk dan Dato' akan berbual,tiap malam berbagai cerita didengar dari sudut pandangan mereka yang mengjangkau umur lebih separuh abad, berbagai cerita serta pengalaman dikongsi,cerita zaman muda-mudi dari sebelum merdeka hinggalah ke anak cucu-cucu cicit.Aku orang tengah, si berjiwa muda jadi pengantara setiap malam,kadang-kadang Uncle berketurunan cina di katil sebelah mencelah dengan bahasa melayu yang cukup fasih dan baku. Kemudian selang seli dengan ketawa orang-orang tua.Sempat juga atuk belajar bahasa cina,dengan gigi yang sudah tiada. Sakit dilupakan sejenak. Kematian topik perbincangan biasa, perkara yang pasti untuk kita.
Moga panjang umur dia,dapat dia capai impian timang cicit;).
Benar bukan,ada sebab setiap dijadikanNya.
Thursday, June 26, 2008
Rerambut
''bos kasi sapu semua''.
"Betul ka?''.
''betul,kasi licin".
''ok,ini no 2,amacam ok?"
''u kasi no 1 punya''.
10 minit kemudian.
''brapa bos?''
''7 ringgit''
Tinggal 3 inggit,boleh beli soya+cekedis.
Ini hasilnya.Gondol.